Mereka yang sentiasa mendorong
aku untuk terus berjaya.
Full of love. Dunia and akhirat
In Sha Allah =)
Perkara pertama, sangat-sangat rindu zaman study. Setiap kali teman pergi konvo pasti rasa macam di 'inject' semangat baru.
Sepanjang perjalanan balik kuantan, asyik terfikir tentang sambung belajar. But, i have to wait until 3 years to continue my study. "Special course" 😅
Positif....Positif...
Niat tu penting. Nak jadi orang yang berilmu tak perlu tunggu sampai 3 tahun 😉
Jangan terlalu kejarkan 'pangkat'.
Adakah sijil, diploma, degree, phd mampu memberi manfaat di akhirat nanti?
Jujur la, kadang terfikir 'kenapa' .
Kenapa kerjaya ini yang aku pilih.
'Kenapa' ??
Sampai ada yang tanya " dah tahu busy kenapa jadi nurse "
Allah! Terasa sangat berdosa. Seperti ingin menyalahkan takdir Allah. =(
Dah mula berfikir secara positif.
Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Dan sekarang i proud to be a nurses. My journey for ummah, and akhirat InshaAllah =)
Sebab tu setiap hari sangat perlu motivasi diri sendiri. Tak kisah la motivasi itu dari pengalaman kita masa lalu, nasihat daripada orang lain.
Buang sikap 'putus asa ' . Sikap yang mendorong kita untuk lebih jauh dengan Allah. Aku mampu, dan aku tahu kamu juga mampu. Teruskan langkah. Kebergantungan hanya pada DIA. ^_^
Biarlah sibuk dunia ni menjadi asbab untuk aku lebih dekat dengan DIA.
Banyak lagi perjanjian, amanah dengan DIA yang belum aku tunaikan, sebelum meninggalkan dunia yang hanya sementara ini. =(
Alhamdulillah, semoga pilihan dan kejayaan sentiasa membawa kita lebih dekat kepada-Nya .
~MayraHayfa~
Kejayaan itu akan hadir apabila
Niat kamu seiring usaha dan
Kebergantungan kamu yang
Kuat Kepada-Nya
=)