Tuesday, 26 January 2016

Chat time! Hidup biar ada 'Isi' =:)

Tak pernah lupa! Hari-hari sempat tengok je  'icon' blog. Cuma tak sempat nak update T_T

For chat time today. Nak la kongsi something. Lama tak b'story dan lama jugak tak dapat story! =P

Tadi ada la baca satu buku ni...
Agak deep sebab banyak terkena pada diri sendiri =_=

Percaya? Yakin? 
Ok, 
Teruskan membaca.
Semoga bermanfaat! 
                   :)


Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. " 

Apa pahala yang kita buat akan kita nikmati dan apa juga dosa yang kita buat akan dapat balasan. 

Macam agama lain, ada yang anggap dosa tu adalah warisan. Kamu tak buat dosa pun, tapi kamu tetap dapat dosa.

Tapi...

Islam kita cantik! 

 " A person will benefit whatever they earn, and whatever they earns ( in term of sins). Will go against them. 

1) Dalam hidup ni, Allah uji mengikut kemampuan kita. Ujian yang kita lalui pasti kita mampu hadapi sebenarnya. Cuma kita yakin atau tak yakin je. =)

2) Kurang percaya dengan Allah. Sebab tu kita rasa tak mampu, padahal boleh je. 

'Custom test'. Ujian yang berbeza-beza untuk orang yang berbeza. 

Tanya diri# kenapa kita boleh kata TAK mampu sedangkan Allah kata kita mampu? 

Salah satu tipu daya didunia. Kita je tak sedar. 👆🏻

Bila kita buat dosa, kita rasa mudah sangat. Tapi bila kita buat pahala, kita rasa susah sangat. 

Kenapa ye? 
Haaa

Buat dosa ni memang mudah dalam jangka masa yang pendek, tapi kesanya  dlm jangka masa yang panjang. 

Buat pahala memang susah untuk jangka masa yang pendek, tapi kesanya dalam jangka masa yang panjang. 

Contoh la kan, 
Mencuri memang mudah dapat duit. Memang kaya tahap menteri la! haha. Tapi bila kena tangkap kena masuk penjara sampai 10 tahun, baru tahu penyesalan yang teramat panjang. 

Contoh lain, study..
Study memang susah betul nak faham. Terpaksa tidur lewat, menghadap buku sampai sampai bengkak mata, minum nescafe semata2 nak tahan mata untuk stay up. 

Tapi! 

Bila dah berjaya, dapat 4 flat, dapat anugerah, dapat kerja gaji beribu-ribu, masa tu kamu akan rasa senangnya belajar . Spm pun rasa kacang je haha =)

P/s : setiap dosa dan pahala yang kita buat akan ada "harga" yang kita kena bayar. Kalau dosa harganya penyeksaan, kalau pahala harganya kenikmatan. 

   _PelangiCantik_
 Hidup biar ada harga
   Secantik nilainya 
                :)

No comments:

Post a Comment