Sunday, 8 May 2016

#SayangNenek#

Sebelum tidur ni, nak update jugak!

Petang 06/05/2016 masa tu pm shift.
Tengok banyak misscall daripada umi. 
Call umi semula laa nak tanya kenapa.
Umi bagitau nenek dah xsedar. Mulut dah berbuih. Agak terkejut la sebab semalam tengok nenek sihat lagi. =(

Start tau berita tu, dah hilang fokus nak kerja. Asyik teringat nenek kat rumah. Kat tempat kerja pulak patient tak henti-henti. Siap kena marah dengan patient walaupun tu bukan salah kami 'misi' kat situ. Emosi dah makin tak menentu laa. Makin hilang fokus sampai aku rasa 'kalis' dengan marah dan ego patient time tu. Aku buat tak tahu je. Marah la nak marah pun!

Tak apa. Aku cuba jugak kuat walaupun minda aku dah kat rumah! Teringat nenek =( 

Sepatutnya habis shift pukul 9, pukul 10 lebih baru settle kerja. Demi amanah, tanggungjawab kena kuatkan diri jugak.

Otw balik rumah, umi call lagi. Hati dah makin gelisah. Zikir banyak-banyak. 
Umi tanya kat mana dan suruh cepat-cepat balik rumah. Nenek dah nazak =(

Masa tu cuma doa yang aku kirimkan, 
Agar aku dapat jumpa nenek dulu sebelum nenek pergi selamanya.

Alhamdulillah. Allah perkenankan doa hambaNYA . Sempat jumpa nenek sebelum nenek pergi selamanya. Sempat peluk, cium tangan nenek. Dah mula rasa sejuk. Nenek dah tak sedar masa tu. Nafas pun dah turun naik.

Tepat jam pukul 12 mlm, nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. 


*****

Alhamdulillah. Dipermudahkan semuanya. 07/05/2016 sebelum zohor nenek selamat dikebumikan. 

Lega! Tahu kenapa?
Allah izinkan dan permudahkan niat aku sebelum ni, untuk uruskan jenazah nenek. Nak mandikan dan kafankan nenek. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dapat lakukan semua tu. Dapat berbakti sambil menuntut ilmu.

Sebelum ni hanya pernah buat kat patient je. Ahli keluarga terdekat memang tak pernah lagi. Mungkin Allah tak izinkan lagi. #BersangkaBaik =)


P/ s : Moga tika DIA menjemput pulang,  kita bersedia dan dalam kesudahan yang baik. 

Dari kesusahan itu aku sentiasa cuba berani dan kuatkan diri. 

Alfatihah buat nenek..
Alfatihah buat diri sendiri..
Moga Allah redha.

       08/05/2016
_redspaghetty93.com.my_

No comments:

Post a Comment