Monday, 6 June 2016

#FirstRamadhan =)

Terima kasih patient sebab tanya!
Ilmu itu milik DIA. 
Jom kongsi ! 😉


********
Time nak insert branula (jarum) kat tangan patient semalam. 
Tiba2 patient tu tanya!

" Nurse, masuk drip, ubat ni batal tak puasa? "

Haaa. Senyap sekejap misi ni, tiba2 blur tak tau nak jawab apa. Sebab misi ni pun tak yakin dengan jawapan dia. 😑😂

Misi ni pun mintak diri sekejap, letak semula branula yang pegang tadi. Haha
Terus pergi kat kaunter, try tanya kawan-kawan lain. *tak puas hati sebab tak tahu nak jawab apa =_=

Jawapan mereka pun sama jugak macam aku. Semua tak yakin dengan jawapan sendiri. Lagi la aku tak confident nak jawab kat pt 😂
Tak boleh nak main-main bab hukum ni. Lastly, pergi semula dekat patient bagitau dia. " Maaf encik saya pun tak pasti. Nanti saya tanya kepada yang  lebih arif pasal ni " ( ayat misi ni kat hospital memang skema haha ) 

Patient tu gelak-gelak je. Sedapkan hati misi ni cakap . " Takpe encik time sakit ni dikira darurat. Tadi muntah2, demam pun tinggi lagi ni kita masuk air dulu, bagi ubat. Rehat la ye " 

Okay! Konklusinya bila dah jadi misi, kena la banyakkan ilmu tentang medik. Lagi-lagi time puasa ni. Ramai lagi yang akan tanya soalan yang ' pelik2 '. Soalan yang tak pernah kau dapat/ditanya sebelum ni. Tentang perubatan. Nak jawab pasal hukum tak boleh nak hentam je. Bukan soalan ABC 😜 haha

Search goole pun banyak sangat pandangan. Tak tahu nak pilih, yang mana boleh guna pakai. So, aku lebih confident dengan buku! Hehe

Balik tu terus cari buku yang ada kaitan dengan perubatan. Alhamdulillah jumpa! Ada dalam ' collection ' hikhik. Sebab dalam buku ada jawapan, dan pandangan yang dikeluarkan lebih jelas =)

             #FiqhMedik

Kalau rasa still was2 , takpe. Dah sihat nanti ganti la semula puasa yang tinggal tu. Allah ada.Sentiasa memudahkan urusan kita. Ujian sakit lagi-lagi pada bulan ramadhan ni banyak hikmahnya. Berlipat kali ganda pahala kalau kita lebih banyak Sabar 😉

        Nak tau apa lagi? 
InshaAllah sangat membantu =)

Big thanks for you, bought this book for me 💕🙃

   _ 07062016 _
      HambaDIA




No comments:

Post a Comment