# Latih Diri #




Adakah bulan ramadhan ni seperti bulan-bulan lain?
Orang lain bersemangat untuk menambah amal ibadah,
Aku kat sini masih ….??

Tahniah buat mereka yang berjaya jadikan bulan mulia ni sebagai latihan untuk dirinya.
Aku sendiri lemah.
Kadang rasa tak mampu.
Melihat orang sekeliling / terdekat,
Ada hamba yang lebih dekat dengan DIA.. terpancar rasa cemburu
Dan ada pula hamba yang semakin jauh dengan DIA..   T_T
Membuatkan aku tersentap, terdiam seketika.


Cepat Recharge! 
70%
STILL LOADING.....

Muhasabah Diri.
Kenapa aku tak bersungguh-sungguh kejar ganjaran berganda yang Allah nak bagi.
Masih lagi mengejar harta dunia,
Seola-olah DIA tak pernah muncul.
Semua ‘ nikmat’ yang aku dapat dengan usaha aku sendiri.
Tanpa bantuan sesiapa, juga tanpa bantuan DIA!

Masih jadikan bulan mulia ini seperti bulan-bulan sebelumnya.
Bulan yang masih ‘ kosong ‘ .
Masih tidak  ‘ berangka ‘

Sepertinya…
Masih tak mampu nak bangun untuk solat malam.
Solat-solat sunat masih berat untuk dilakukan.
Tak mampu lagi nak kawal marah.
Hasad dengki, riak masih aktif dalam diri.



Contoh mudah.. “ DISIPLIN DENGAN MASA “

Kita belajar untuk disiplin dengan masa. Dalam tiga puluh hari kita latih diri,
waktu bangun kita bangun, waktu makan kita makan,
waktu menahan kita solat, waktu berbuka kita berbuka,
waktu  solat tarawih, iktikaf, baca quran kita lakukan sesuai waktunya.
waktu makan pasti kita ontime. belum azan lagi dah duduk siap-siap depan makanan.
waktu solat, adakah kita ontime seperti waktu makan. Menunggu sebelum diseru?
Berjaya lakukan??  #TanyaDiri   #Muhasabah

Dah tak sabar nak tinggalkan bulan ramadhan?


Yes! Mengenali diri bermula pada sekarang, Bulan Ramadhan.
Masih belum terlambat.
15 RAMADAN TERAKHIR!
Masih sempat. 
Doa, Usaha =)


Target Kita? 


p/s :Aku juga masih mahu perbaiki diri. 
masih memerlukan nasihat dan teguran daripada kamu! <3



           _ 18062016 _
         Salam Ramadhan
      ~Masih Ada Waktu ~

0 comments