Rezeki DIA Bagi =)

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Syukur.

Percaya dengan Rezeki.

Yakin dengan DIA.

DIA Lebih Mengetahui.

Night shift!
Tengah2 melayan mata sambil tengok angry bird the movie, tiba-tiba teringat mara (pinjaman) . 

Sebab hari tu selepas dapat tahu jumlah pengurangan pembayaran pinjaman yang kena bayar dah lulus melompat la jugak sekejap  haha =P *syukur sangat2
( yang sepatutnya 6 bulan je waiting ni dekat setahun tunggu baru dapat feedback daripada mara huhu )

Okay DONE 20%! Lulus

Tak menyesal tunggu. Allah selalu ingatkan suruh banyakkan sabar kan? Hikhikk ^_^ 

Dapat pulak tahu tentang mara nak bagi potongan pembayaran lagi sempena Ulangtahun Mara yang ke 50! 
Haaa Allah je tahu perasaan masa tu.
Baiknya Allah.
Terasa mudah semuanya.
Alhamdulillah. 

Okay, balik tu terus apply untuk Insentif (Diskaun). Alhamdulillah. Isi online je. Mudah kerja hehe

Sebab aku bukan jenis yang suka berhutang, benda ni aku sangat titikberatkan. Selagi tak dapat full feedback selagi tu aku tak tenang 😂
Sebolehya nak settlekan cepat2. Sebab dulu aku pernah bagi alasan ni kat parent tiapkali diajukan soalan pasal kahwin. *tiba2 masuk part kahwin! 😜

Salah satu jawapan yang aku selalu bagi! 
" Nak kahwin macam mana, hutang banyak lagi. Siapa nak bayar? Nak bayar semua hutang dulu baru nak fikir pasal kahwin! " 😂

Mungkin pada pemikiran aku bila dah/ nak kahwin, pastinya nak guna duit yang banyak lepas tu tak cukup nak bayar hutang.. Blaa..blaa.,blaaaa 😂😂👈

Niat aku macam suci, tapi itulah hakikatnya. Aku tak nak menyusahkan orang lain. 😥

Nampak kan aku tak percaya pada Rezeki Allah? Sobs! #SentapSendiri


Terus Cek Status Permohonan.
Alhamdulillah.
LULUS! 20% done.
( but i have to pay it lump sum )
Wehhh mana nak cari duit nak bayar sekali gus! Hahaa
Okay! Balik nanti discuss dengan parent. What their desicion.
Chill okay! 🙃
(Ni kena doa lebih kat parent, kipas2 sikit haha 😜😝 ) 

p/s : jika kau tahu, kehidupan itu payah. Maka ingatlah, kau diuji kerana DIA.
Kerana DIA sayang , diberi dahulu ' kenikmatan dalam ujian ' . 

Bersabarlah,  Kerana yang yang terbaik itu pasti datang pada waktu yang sesuai. Cantik pada susunan yang DIA aturkan 😉

•Doakan ye! Semoga urusan kita semua dipermudahkan 🙃

     _ 05062016 _
Syukur Seorang Hamba

0 comments