Monday, 13 June 2016

Tegurlah!





#AkuBukanBuatSalahPun!

Kawan..

Sebenarnya, boleh jadi, orang yang selalu tegur kita tu, 
bukanlah sebab mereka ni suci atau tak pernah hidup bergelumang dalam dosa.
Tak semestinya!

Boleh jadi, mereka tegur kita tu, 
sebab mereka dah pernah hidup dalam kekotoran, 
dan mereka dah rasa betapa peritnya hidup dalam dosa dan maksiat.

Dan..


#chillJER!

Kenapa mereka bersungguh-sungguh tegur kita?
Mereka selamatkan kita. 
Mereka tak nak kita rasa benda yang mereka dah rasa dulu. 
Mereka tak nak kita ni terseksa dengan dosa seperti mana
mereka pernah lalui di zaman silam mereka.

Kita selalu tuduh mereka "tak faham" kita. 
Kita jadikan itu sebagai alasan untuk kita tak nak terima teguran.

Tegurlah,
Mohon tegur diri ini,
Yang seringkali lalai dengan 'mimpi dunia' T_T

Ramadhan kian pergi,
Lakukan perubahan,
walaupun kebaikan itu nampak sangat 'kecil' dimata manusia,
besar nilainya pada pandangan DIA . =)

    _13062016_
 ` salam sayang'

No comments:

Post a Comment