Sunday, 7 May 2017

Kasih Sayang Hanya Pinjaman ~


#2258pm

 

Demi Masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.


 


Kadang terleka ,
kelalaian mengelilingi diri.
Hidup sekadar hidup.
Dapat makan, minum cari rezeki seharian hanya untuk 'hidup' .
Tidak pernah terdetik atau terfikir, amalan yang perlu dibawa kesana kelak.
Hanya mimpi indah yang mendambakan syurga itu indah tanpa amalan yang perlu dibawa.


 


Kehidupan mula kosong, apabila duit, kereta dan rumah mewah dimiliki tapi jiwa tidak tenang.
Jiwa masih lagi terasa kosong walaupun kehidupan mewah dimiliki.
Satu saat bila dipanggil olehNya, setiap lontaran soalan buat kita, tidak mampu dijawab.
Bukan malu yang perlu hadapi, tapi siksaan yang amat pedih.


 
Antara amalan bacaan yang agak 'power', boleh amalkan ๐Ÿ˜‰


Biarlah didunia kita malu untuk bertanya, bersusah-susah dahulu.
Moga di sana 'akhirat' kelak kita dapat berehat selamanya.
Jiwa yang tidak mampu dimiliki sepenuhnya kecuali DIA.
Pencipta kita yang Maha Mengasihani yang terlalu baik meminjamkan kita secebis kasih sayang untuk kita berkongsi dengan orang lain. Masa juga hanya pinjaman.

 
๐Ÿ˜œ๐Ÿ’ takde kejee namanya haha

Nukilan santai, moga bermanfaaat. ๐Ÿ˜˜
Antara pic2 yang dimuatkan bakal di delete!
Storage penuh dahh ๐Ÿ™‡
So kita keep sikit dalam blog,
Generasi seterusnya bakal throwback moment and story ๐Ÿ™Š๐Ÿ˜‰
Doakan hihi

 
Perkongsian Bersama, boleh sama-sama amalkan jugak! =)

#InspirasiHati๐Ÿ’•

No comments:

Post a Comment