~IkHtiLAt DalaM pErGaUlaN~




 Assalamualaikum.....^_^


Penulisan Blog saya pada kali ini ialah pengulasan tentang isu  ikhtilat dalam pergaulan...Banyak persoalan yang sering ditanya kepada saya..setelah meneliti dan menkaji sedikit buku mungkin dapat memberi jawapan kepada soalan yang menjadi tanya tanya selama ini..Semoga dengan perkongsian ini dapatlah kita muhasabah diri dan berubah menjadi lebih baik..InsyaAllah..:)

~Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan
yang lebih baik itu yang patut kita contohi~


Ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada suatu masa dahulu. Sejajar dengan firman Allah yang bermaksud : Dan tetaplah kamu di rumah-rumah Allah..

Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesame lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

   -Ust Abdullah Zaid-
(Presiden ISMA Malaysia)



Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."


Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).





Antara adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

1)      Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya.
  (lelaki & perempuan jangan sekali-kali jeling-menjeling dengan tujuan untuk menarik         perhatian antara satu sama lain), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan  syahwat serta nafsu & tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat...

Allah SWT berfirman :
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya & kemaluannya.”
(An Nuur : 30-31)

Sabda Nabi Muhamad SAW:
“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram..”
Petikan dari:
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi.)



2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan.
Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan & wajah, tidak jarang (tipis) & tidak menampakkan bentuk tubuh.

“Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..”


Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
(An Nuur : 31)

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :
“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.”
(Al Ahzab: 59)

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian & akhlaknya, pasti akan menghormati & menyeganinya.


“Don’t judge book by its cover..”
Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu.
Ramai diantara kita yang sering beranggapan;

“Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat..”
“Orang yang solat, belum tentu baik..”
“Orang yang berpuasa belum tentu solat..”
“Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya..”

TETAPI

Adakah hati itu baik & sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat?
Orang yang solat belum tentu baik? Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..
Orang yang puasa belum tentu solat? Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..
Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya? Tetapi sudah tentu wanita yang baik & solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah syaitan yang berbahaya....^_^
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan mencium baunya..”
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.)


3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara.
       ( Terutama ketika bermuamalat dengan lelaki)

I) PERCAKAPAN:
Kaum hawa hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang & membangkitkan perasaan kaum Adam. Jangan sesekali kau pancing nafsunya melalui lunaknya suaramu. Mahukah kau kaum Hawa tergolong dikalangan bala tentera Syaitan & Iblis dalam menumpaskan anak cucu Adam a.s?

Allah SWT berfirman:
"Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya & ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)

II) BERJALAN:
Allah SWT berfirman :
“..Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(An Nuur : 31)

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firman-Nya :
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dengan malu-malu..”
(Al Qashah :25)

III) PERGERAKAN:
Tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) & tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.


4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya. Jauhi juga warna-warna terang & terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

o   “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti..”
              Petikan dari:
              (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii & Ibn Majah.)

o   "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”
              (Hadis Riwayat Abu Musa al-Asy’ari)

o   Fudhail bin Iyadh Rahimahullah,
              Seorang yang alim, soleh, Ahli ilmu & ibadah, 40 tahun tak pernah ia lambat
               untuk mendapat saaf pertama dalam solat, namun ia mengatakan;
              -“Sungguh yang paling aku takutkan adalah fitnah wanita..’-


5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki & seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka. Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya:

o   Ingat pesanan Rasullullah s.a.w :
               Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya
               adalah syaitan  (Tabrani).
               Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi
               tipu daya iblis..

o   Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan laknatullah.
               Tidak patut membiarkan api & kayu bersama (makin ‘terbakar dengan maraknya’
                ia kalau  dibiarkan berdua).
                Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua,
                 ipar & sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berdua-duaan.


6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat.

o   (contoh: mesyuarat) & perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah & pertarbiyahan bangsa (anak-anak).


7. Menundukkan hati.

o   Apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan & bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari busur panahan syaitan. Luruskan kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..

~Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak
tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri &
takut kepada Ilahi ~  ^__^

p/s -!- Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu & cinta. Allah menciptakan rasa cinta & nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan & kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya -!-

Sabda Rasulullah s.a.w:
~"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."~

Lelaki yang pintar takkan risau & gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut..:)


~Wahai sahabatku wanita solehah yang cantik kerana akhlak & budi pekertimu..
Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kau hanya satu. Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya! Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki! Seorang lelaki yang bergelar suami~

             _^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_

~Pergaulan yang dibolehkan dalam kehidupan khusus~

1)      Perubatan
o   Adalah dibenarkan bagi lelaki dan wanita berinteraksi dengan tujuan melakukan rawatan perubatan.  Para Sahabiyah biasa merawat para Sahabat dan Rasulullah membenarkannya.

2)      Dakwah
o   Adalah dibenarkan bagi lelaki dan perempuan untuk hadir di dalam satu kelas yang sama seandainya tujuan percampuran mereka itu adalah untuk mempelajari tentang Islam ataupun jenis ilmu pelajaran yang lain yang dibenarkan oleh Syara'.  Adik kepada Umar Radiallahu anhu sedang diajar ilmu al Quran oleh Khabab ibnu Arrat radiallahu anhu bersama suaminya tatkala Umar masuk ke rumah mereka. Telah diriwayatkan bahawa Ummu Salamah dan Aishah Radiallahu anha juga sering melakukan dakwah ke atas lelaki dan wanita.

3)      Perkahwinan
o   Sekiranya seorang lelaki berkeinginan untuk memperisterikan seseorang wanita itu, adalah beliau dibenarkan untuk berbicara dengan wanita itu tentang hal peribadi wanita itu dan berkenaan perkahwinan mereka.  Seorang lelaki telah datang kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk menanyakan tentang perihal wanita yang ingin dinikahinya, dan Rasulullah menyuruh beliau pergi bertemu wanita itu, iaitu menemuinya bersama Mahramnya.

4)      Tekanan atau kecemasan
o   Dalam keadaan darurat atau berlaku kecemasan seperti gempa bumi, peperangan atau taufan, percampuran yang sepatutnya adalah dibenarkan antara lelaki dan perempuan dalam tindakan untuk menyingkirkan sebarang bahaya atau ancaman.

5)      Penangkapan oleh Negara
o   Dalil kepada perkara ini adalah dari Uthman dan Umar Radiallahu anhu berkata, "Wahai kaum wanita, tutupilah diri kalian, kami akan masuk" dan beliau memasuki rumah itu dengan tenteranya untuk menangkap seseorang dan terdapat Ijma' Sahabat (kesepakatan para sahabat) ke atas perkara ini.


6)      Jamuan makan
o   Dalam Surah an Nur, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
(" Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu makan(bersama-sama mereka) di Rumah kamu sendiri, atau di Rumah bapa kamu, atau di Rumah ibu kamu, atau di Rumah saudara kamu Yang lelaki, atau di Rumah saudara kamu Yang perempuan, atau di Rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di Rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di Rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di Rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di Rumah Yang kamu kuasai kuncinya, atau di Rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asingan. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa Yang seperti) kamu Dengan memohon kepada Allah cara hidup Yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya." [TMQ an Nur24:61] )

o   Bagi lelaki dan wanita untuk makan bersama-sama adalah dibenarkan di tempat yang telah dinyatakan dalam ayat di atas seperti rumah bapamu atau sahabatmu sebagaimana ayat, " tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asingan."

o   Namun demikian, manusia hendaklah berhati-hati iaitu walaupun makan bersama dengan wanita di rumah teman-teman di bolehkan, tetapi mereka mesti meninggalkan tempat itu sebaik selesai makan dan berwaspada terhadap ikhtilath iaitu pergaulan dengan lawan jenis yang mungkin akan melampaui batasan yang dibenarkan syarak.







7)      Silaturahim (mengekalkan hubungan persaudaraan)
o   Adalah dibenarkan bagi sanak-saudara bukan mahram untuk duduk bersama dengan bukan mahram mereka(orang-orang yang boleh dinikahi) semata-mata bagi tujuan Silaturahim selagi ianya bukan berkhalwat(bersunyi-sunyian).  Terdapat beberapa hadis yang menitikberatkan tentang mengekalkan hubungan baik dengan sanak-saudara.

o   Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda: "Sesiapa yang menginginkan dirinya dikurniakan lebih kekayaan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia mengekalkan hubungan baik dengan sanak-saudaranya." [HR MUslim]

          _*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*


Setelah memerhatikan ayat dan hadis tadi..saya selitkan sedikit tentang hukum Bercouple..
Maka tidak diragukan lagi bahawa couple itu HARAM.,kerana beberapa sebab berikut...:)

o   Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya kan...:)

o   Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijabnya...

o   Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya,
               baik di dalam  rumah atau di luar rumah..

o   Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya...

o   Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita,
               meskipun itu hanya berjabat tangan.

o   Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi kan..!?
                                                    Fikir-Fikirkan lah sahabatku...:)
                                                          Renung-Renungkan lah


Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.  Jawab beliau....
“Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”

Manakala Syiekh Muhammad al-Munajjid menggariskan beberapa batasan-batasan yang tertentu didalam pergaulan , diantaranya :-

o   Elakkan dari berkata2 perkara yang diluar topik...

o   Tidak membuat lawak atau melembutkan suara...

o   Tidak bertanya mengenai perkara peribadi contohnya  umur, tengah buat apa..?
(macam tak de soalan lain nak tanya kan) J

o   Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati...






o   SMS tanpa urusan...
              (membuatkan diri ini terlalu lalai) :)

o   Berfacebooking tanpa urusan...

o   Call tanpa urusan...
              (maaf ye saya jarang sangat3 angkat kalau kawan lelaki col,
               Bukan sebab sombong..tapi sy nak jage batas2 pergaulan tuu) J

o   Dating tanpa mahram..


o   Chatting tanpa urusan..

Dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi.

~ Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah~

 Ya Allah..
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam pergaulan.. Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat.. Hanya iman dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..




Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kita kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri....



 

Apa yang saya harapkan kepada, mari kita sama-sama memahami masalah ini, dan sama-sama juga kita mengamalkannya. Hal-hal sebegini banyak masyarakat tidak mengetahuinya, lantaran malas untuk mencari kebenaran dan hanya mengikut-ikut suasana sekitar yang jahilliyah...Kalau ditegur  mereka pasti akan menjadi perdebatan..lantas saya mendiamkan diri kerana
Imam Syafie berkata:

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. .mohon maaf jika tersalah dalam penulisan kali ini..mohon teguran dan pendapat daripada sahabat-sahabat...:)


                      ~MAYRA HAYFA~
                                 ^-_-^
-- Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,
       dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas
         daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan--

0 comments