Wednesday, 8 August 2012

~SoLAT SeOrAnG WaNiTA~




ASSALAMUALAIKUM....:)

Ingin berkongsi sedikit tentang persoalan yang ditanya...:)

Terfikir tetang isu yang dibangkitkan tadi...’yeke perempuan tak digalakkan solat di masjid’???..merungkai persoalan yang dibangkitkan,.. InsyaAllah  dapat  membantu dalam persoalan yang masih menjadi tanda tanya kalian....^_^

Dipendekkan cerita...! Time borak-borak kosong..tiba-tiba ditanya..kenapa tak
pergi solat tarawih?? Laju je mulut nie jawab..”Solat seorang wanita di ruangan
rumahnya lebih afdal daripada solatnya di ruangan luar rumahnya. Solatnya di
biliknya lebih afdal daripada solatnya di ruangan rumahnya”...Ditanya lagi..”
yeke wanita tak digalakkan solat di masjid..kan besar pahalanya solat
berjemaah   dimasjid”??? Saya menjawab lagi seeloknya solat dirumah dengan
tujuan untuk mengelak fitnah dan panjang la jugak saya jawab..Orang yang
bertanya  tadi terus menanya(seperti tidak lagi berpuas hati dengan
jawapan  saya)^_^.. .Tiba-tiba saya terdiam dan terfikir..sebelum nie tak
pernah pulak s’berani dan s’yakin nie menjawab kalau ditanya...Alhamdulillah..
Allah telah memudahkan urusan ku..(dalam hati hanya berdoa Ya Allah,
tuntunilah setiap langkah dan percakapanku supaya tidak tersalah dari
landasan ajaranMU) :)
^___^

Daripada Ibnu Mas’ud r.a, daripada Nabi s.a.w.baginda bersabda: ”
Solat  seorang wanita di ruangan rumahnya lebih afdal daripada solatnya
di ruangan luar rumahnya. Solatnya di biliknya lebih afdal daripada solatnya
di  ruangan rumahnya.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)
Di dalam riwayat yang lain: Sesungguhnya solat seorang perempuan
yang paling disukai Allah adalah solat yang dilakukannya di tempat
yang paling tersembunyi di dalam rumahnya.
(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)
Terdapat nas-nas yang menunjukkan bahawa wanita tidak diberatkan untuk
kemasjid sebagaimana lelaki, namun tidak dihalang jika mereka ingin ke
masjid. Di zaman Nabi s.a.w. terdapat tali yang direntang di antara dua tiang
di dalam masjid Nabi. Lalu baginda bertanya, tali siapakah ini? Mereka
menjawab, tali Hamnah binti Jahsy. Bila dia lemah, dia akan bergantung pada
tali itu. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Hendaklah dia solat sekadar yang
dia kuasa, apabila dia rasa lemah, hendaklah dia duduk.” Riwayat Ahmad
lihat di sini, baginda tidak berkata, ‘siapa yang suruh dia datang solat di
masjid? Suruh dia solat di rumah saja!’


Namun perlu diingat, jika muslimah memilih untuk ke masjid, maka dia
perlu memelihara adab-adabnya seperti menutup aurat dengan sempurna,
elakkan pergaulan bebas dan lain-lain.(mengelakkan  daripada  fitnah)
Wanita juga boleh solat jemaah di rumah bersama anak-anak misalnya
Dan mendapat pahala jemaah sama seperti di masjid. Wanita kena tahu yang
mana harus dilebihkan pada waktu sama masih mendapat pahala. Paling
penting  sebagai isteri galakkan suami berjemaah di masjid.Semoga anda turut mendapat pahalanya. Rasulullah bersabda:"Orang yang menunjuk
kepada sesuatu kebaikan adalah seperti orang yang melakukan
kebaikan  itu." Isteri layak mendapat pahala ke masjid dengan
hanya mendorong suami mereka berjemaah di masjid.

Situasi 1 
_ _ _ _ _ _ _ _ _ 
 
Sebahagian muslimah dikurniakan Allah menghafaz al-Quran dan dapat membacanya dengan baik, maka dia berasa lebih tenang, khusyuk, damai mengalunkan ayat-ayat suci dibiliknya sendiri bertemankan kesepian malam yang dingin dan nyaman. Kalau ke masjid, dia tidak berapa suka suasana yang agak hingar, suara kanak-kanak yang kadang-kadang bingit mengganggu kekhusyukannya. Bagi dia di rumah lebih afdal.

Solat berjemaah di masjid atau surau sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak yang sentiasa memberi motivasi bahawa pahala orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.

Namun demikian, ini tidaklah bermaksud wanita tidak perlu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Untuk memberi jawapan kepada persoalan ini para ulama telah berbincang dan memberi beberapa saranan dan pandangan.

Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan.

Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi wanita. Hal itu sesuai dengan ijmak (kesepakatan) ulama. Adapun dibolehkan mereka ikut serta dalam solat berjemaah bukan bererti merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; Adapun bagi wanita maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama. (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu. (riwayat Ibn Khuzaimah)

Di dalam hadis lain Rasulullah bersabda: Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka. (riwayat Ibnu Khuzaimah)

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka, maksudnya adalah Solat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid.

Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya. (al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: Manakah yang lebih utama, wanita solat di rumahnya dengan berjemaah atau solat sendiri. Dan apakah solat jemaahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW (yakni lebih utama 27 darjat)?

Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadis solat berjemaah lebih utama dibandingkan solat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. Apakah hadis tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?

Hukum awal wanita tidak digalakkan ke masjid atas tujuan mengelak fitnah yang mungkin berlaku, kerana perumahan di zaman Madinah dan Mekah agak jauh dari Masjid. Atas kebimbangan keselamatan adalah lebih baik solat di rumah masing-masing.
   budaya masyarakat Arab memang tidak akan membenarkan wanita keluar         bersendirian, suami akan dikata sebagai tidak bertanggungjawab.

Kalau kita tengok situasi sekarang hari ini ramai wanita yang ke masjid tidak
ditemani  oleh suami tapi dengan izin. Ini kerana suasana hari
ini mungkin lebih selamat, apatah lagi dalam suasana kampus.
Menyoroti hadis-hadis di atas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis
ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali
bahawa  wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi
dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama
yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai
wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek),
tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya,
tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum
lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan
fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di
jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan
dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas.
(Syarh   Shahih Muslim 4:382-383).

Kalau kita melihat kepada hukum solat berjemaah kepada wanita
di masjid, kita akan dapati para ulamak sepakat menyatakan
Solat jemaah tidaklah wajib kepada kaum wanita. Ini
ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya
al-Muhalla.  Kita juga dapati sebahagian daripada
mereka memakruhkan bagi wanita untuk ke masjid,
terutamanya kepada para pemudi. Dan alasan yang biasa
diberikan adalah kerana bimbangkan fitnah. Dan kita juga
dapatbahawa mereka telah sepakat menyatakan bahawa
tuntutan solat berjemaah kepada kaum wanita tidaklah sama
seperti kepada kaum lelaki. Berkata Imam Nawawi dalam
kitabnya al-Majmu': “terdapat beberapa perbezaan antara lelaki
dan perempuan dalam hukum solat berjemaah, antaranya
ialah:  tuntutannya tidaklah sama seperti tuntutan kepada
kaum lelaki”.
 ----------------
Alangkah eloknya jika-jika kaum lelaki berduyun-duyun ke
masjid berkat galakan para wanita. Wanita pula bersolat pada
awal waktu di dalam bilik tidur masing-masing. Pada zaman
Rasulullah s.a.w. hanya lelaki yang diketahui
benar-benar kemunafikannya sahaja yang tidak bersolat di masjid.
Selain daripada itu, kaum wanita juga berpeluang mendapat pahala melebihi kaum lelaki. Sekiranya lelaki mendapat
pahala sebanyak 27 kerana solat berjamaah, puan-puan
akan mendapat 28 pahala. Mengapa lebih? Satu adalah pahala
solat puan-puan, 27 pula adalah saham yang puan-puan
perolehi kerana menggalakkan mahram menunaikan solat berjemaah.
InsyaAllah..perkara  yang baik eloklah dikongsi bersama..
Semoga bermanafaat dan meningkatkan pengetahuan
kita  semua..Mohon Maaf jika tersalah kata dan mohon teguran
jika terdapat kesilapan dalam ilmu yang dikongsi bersama kali ini...
Segala yang baik datangnya daripada Allah..Yang silap itu
datangnya daripada kesilapan dan kekurangan saya sendiri..
Semoga kita dapat perbaiki diri lebih baik dari hari ke hari..

InsyaAllah...
Salam Ukhwah...:)

~MAYRA HAYFA~
-InsyaAllah Perkongsian
Yang Bermanafaat-



2 comments:

  1. superverb mira! u write all this. banyak ilmu sy dapat. :) tp the bckgroud mcm susah sikit nk bg sy bace kat bhgn tepi tu. mcm mnganggu sikit. mybe mira boleh adjust kot kedudukan post ni. bg ke tengah sedikit. tp dy kene lebih kpd try n error. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih fatin..:) Alhamdulillah...sama2 kita kongsi ye..
    Ada yang bertanya tentang nie..semoga b'manfaat..:)

    owh..yeke..oke..nanti mira cuba adjust kan..
    terima kasih bg taw..^_^

    ReplyDelete