Saturday, 10 November 2012

~AkU TeLaH DiSuNtinG~



ASSALAMUALAIKUM....^_^
Lame kott tak update blog....:)
fokus-fokus studyyyy!! (ye2 je kan)..hehee..:P
rinduuuuu nak update blogg...

Aku Telah Disunting...
Menjadi tajuk blog pilihanku...
Terasa diri semakin hampir disuntingJ
Dan.....
Muhasabah diri sentiasa menjadi pelengkap hidupku~~~
InsyaAllah...

Bila cakap pasal kahwin.. semua suka..
lagi-lagi kawin awal. sweetnyeee~~ ade lagi la yangg lebih sweet. ...
iaitu mati awal. ^_^
Sweet sangat..~~~

aku telah diSUNTING oleh MALAIKAT MAUT.
aku bakal berNIKAH dengan KEMATIAN.
lebih terharu,,,aku bakal berCERAI dengan DUNIA yang kukejar.
MAHARku adalah NAZAK dan SEPERSALINAN KAPAN PUTIH.
PELAMINku diwangikan dengan GAHARU CENDANA.
disaat itu aku akan diARAK dengan laungan AZAN.
berAKADkan TALKIN,berWALIkan LIANG LAHAD,berSAKSIkan NISAN.
pada MALAM PERTAMA,aku akan diserikan dengan persoalan MUNKAR DAN NANKIR.

itulah cerita pernikahan AKU dan KAMU.inilah PERNIKAHAN YANG PASTI.
hanya menunggu masa.adakah kita telah bersedia???

Rasa sedih menyelubungi diri apabila teringat akan umi , abi, dan adik beradikku serta sahabat2 yang sangat aku sayangi yang bakal aku tinggal kan..:(
Mungkin tidak terluah dengan kata-kata...tetapi..kalian sentiasa didalam doaku...
Hanya Allah saja yang tahu perasaanku...
Sedih yang teramat sangat...dan hanya kepadaNYA tempat aku mengadu dan bercerita...

Bukan nye tidak bersedia untuk disunting oleh  ‘seseorang’...
tapi hati nie rasa ditarik untung disunting olehNYA dahulu...
rase takut menyelubungi diri ...
kerana menyedari bahawa diri ini tidak layak lagi untuk mencapai syurgaMU...
apatah lagi diri ini yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...
Dan sentiasa memohon keampunan dan mencari keredhaanMU...

Diri ini sangat berharap bahawa  sentiasa dibawah perlindungan rahmat dan kasih sayangMU...
Semoga kita semua  tergolong dikalangan orang-orang yang beriman...Amin.....:)
Buat keluargaku yang teramat aku sayangi.....
Diri ini sentiasa berdoa dan berharap agar kita semua akan berkumpul  bersama-sama
di syurga kelak... <3

Buat keluarga dan sahabat-sahabat..
Masih sempat lagi untuk kita muhasabah diri...Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bertaubat...Kasih sayang Allah itu besar kan...:)
Jika teringat kembali..kenalan-kenalan yang telah ‘disunting’ lebih awal dari kita..
Adakah mereka  sempat bertaubat???.telah kah mereka bersedia untuk pergi dulu..?..Nauzubillah....Semoga kita mengambil ikhtibar dari setiap apa yang berlaku...Bersyukur lah kita kepada Allah kerana
masih lagi bagi peluang kepada kita yang jahil nie dengan memanjangkan umur kita untuk terus melakukan lebih lagi amal ibadat dan terus menuntut ilmu...malah kita akan diberi ‘hadiah yang besar’ di akhirat kelak....InsyaAllah....^_^
Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman..
Dan dapat mengapai syurgaMU.....


        ~MAYRA HAYFA~
  -Dengan mengingati mati
InsyaAllah...Hati menjadi tenang-

       -Nota Kakikukakiku-
~Dunia hanyalah pentas pinjaman
         Akhirat yang kekal abadi~

No comments:

Post a Comment