~bErIbAdaT tAnDa SyUkuR kEpAdA ALLAH~
KETIKA Rasulullah s.a.w mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remaja sedang lepak, berborak dan ketawa.
Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama
Thulaihah al-Aamidi datang
bertanyakan Rasulullah:
“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak
bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?”
Rasulullah dengan tegas menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.”
Jawapan Rasulullah itu memberitahu
kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malah kadangkala ia diperlukan.
Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan. Di sebalik jawapan Nabi
yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.
Kadang-kadang ada yang lepak hingga
lupa menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang
tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang. Sudahlah dengar azan, padang
bola pula bersebelahan dengan masjid. Haiwan ternakan seperti kambing, lembu
pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita kadangkala masih asyik berborak
dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi.
Waktu bekerja ada, waktu rehat ada,
masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak
dimasukkan di dalam jadual.
Kadang-kadang ada remaja bertanya,
kenapa perlu beribadat? Sibuk. Kalau sempat buatlah, kalau tidak sempat qada
saja.
Ramai yang tidak ambil peduli..Kenapa
kita tak pernah cuba untuk berfikir
kenapa kita diperintahkan untuk mengabdikan diri kepada Allah...Mari kita
muhasabah diri , apa alasan dan kenapa
kita mesti mengabdikan diri kepada Allah...:) Jika kita memahami enam perkara
ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk pun kita..
Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah
supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah dalam al-Quran (Qs 51:56) yang bermaksud: “Aku tidak ciptakan jin dan manusia
melainkan supaya beribadat kepadaku.”
Jika tugas lain kita boleh ingat dan
prihatin, maka tugas ibadat lebih utama lagi.
Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur
kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya.
Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak
ada percuma, semuanya kena bayar.Bil elektrik hujung bulan, bil telefon dan
jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma
dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena
potong. Kita yang tak beribadat ini matilah.
Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah
berjanji di alam roh. Firman
Allah (QS 7;172) mengingatkan kita maksudnya: “... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan
betul.”
Keempat, kita wajib beribadat sebab antara
tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan
thaghut (kejahatan). Jika Nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas
beribadat, apa lagi kita. Firman Allah (QS 16: 36) bermaksud: “...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat
itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”
Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan
diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur
kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan
Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.
Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada
Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat. Allah amat
murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang
yang mengikut Nabi membuat pengakuan. Ini terbukti dalam firman Allah (QS 6:15) maksudnya:
“Sesungguhnya aku amat takut kepada azab
hari kiamat jika menderhakai Tuhan.”
~notanotasisipandiri~
Jadikan
segalanya, jalani segalanya, lakukan segalanya, buat segalanya dengan baik,
karena hari ini kita hidup bersama segala yang kita jumpai. Tak ada jaminan
bagi kita untuk hidup pada hari esok.
Sabda Nabi Muhammad sallAllahu
'alayhi wa sallam lebih kurang berikut:
"Bekerjalah kamu
seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, beribadahlah kamu seolah-olah kamu
akan mati esok hari..
~MAyRa Hayfa~
-Hidupku matiku
Hanyalah padaMU
YA ALLAH-
0 comments