~DiMaNa CanTikNYa waNItA~ ?????
perkongsian bersama..:)
( aurat dan pakaian wanita….. )
Menurut Qatadah,wanita Jahiliah berjalan dengan gaya
ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan
meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil
memain-mainkan rantai dilehernya, subang & perhiasan-perhiasan yang lain
dengan aksi yang menggoda. Mereka juga bergaul bebas dengan kaum lelaki.
Oleh itu wantia Islam hendaklah mempunyai
keperibadian yang tersendiri. Gaya waita jahiliah itu tidak sepatutnya menjadi
ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenarnya dituntut terhadap wanita Islam
untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-menunjuk dan memikat
dinyatakan seperti berikut:
Menundukkan pandangan: Sesungguhnya semulia-mulia
perhiasan wanita ialah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya adalah
dengan menundukkan pandangannya seperti firman Allah yang bermaksud: “ Katalah kepada wanita yang beriman,
hendaklah mereka menundukkan pandangannnya.
( An-Nur )
Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota
mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang berlaku kini dalam
pawagam, bilik kuliah di universiti, auditorium, dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Adalah lebih baik bagi salah seorang
daripada kamudiketuk dengan tukul besi yang tajam di dalam kepala daripada
menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya
Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan
apa yang telah ditetapkan oleh hukum syara’ seperti berikut: Pakaiannya
hendaklah menutup seluruh tubuhnya melainkan yang kelihatan dari zahir yang
mengikut tafasirannya muka dan tangan
Pakaian yang dipakai itu janganlah dibuat daripada
kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam
pakaian tersebut. Sabda Nabi s.a.w.
bermaksud: “ Antara penghuni2 neraka
ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai.
Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai
kepada mereka.”
“Memakai baju tetapi masih bertelanjang” bermaksud
pakaian jarang yang dipakai tidak melindungi aurat mereka. Suatu masa dahulu,
beberapa orang wanita daripada Bani Tamin telah datang menziarahi Aisyah r.a.
& dia telah berkata kepada mereka : “Jika kamu ialah orang yang beriman
maka pakaian semacam ini tidak layak dipakai oleh wanita beriman.” Pada ketika
yang lain pula apabila seorang pengantin perempuan memakai selendang jarang
telah keluar menemuinya, dia berkata:”Seorang wanita yang berpakaian seperti
ini tidak percaya kepada surah An-Nur
dan Surah Al-Ahzab yang mengandungi banyak pengajaran berhubung dengan
kesucian dan kesopanan hubungan lelaki dan wanita serta tentang jenis pakaian
mereka.”
Pakaiannya tidak boleh terlalu ketat hingga
menunjukkan potongan badannya terutama sekali di bahagian yang montok seperti
bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang
dipakainya itu tidak jarang. Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas
untuk lelaki seperti seluar. Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam
kerana Islam tidak menyukai penganutnya yang cuba menyamai gaya orang bukan
Islam. Islam menggalakkan penganutnya supaya mempunyai ciri-cirinya sendiri
dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sebab itulah orang Islam
digalakkan supaya mempunyai pendirian sendiri yang berlainan daripada pendirian
orang bukan Islam dalam pelbagai aspek. Sabda Nabi
s.a.w bermaksud: “ Sesiapa yang
meniru sesuatu bangsa lain, maka ia adalah bangsa itu.”
Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh
hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri diri daripada menunjukkan wajahnya seperti
seorang penggoda.Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita
yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah yang bermaksud: “ Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut
manja ( semasa bercakap dengan lelaki asing ) kerana yang demikian boleh
menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya ( menaruh tujuan
buruk kepada kamu)…Al-Ahzab 32
Dia tidak menarik perhatian dengan lelaki dengan
perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan
perhiasannya, atau perbuatan seumpamanya. Firman
Allah bermaksud: “Dan janganlah
menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (
An-Nur: 31 )
Wanita pada zaman Jahiliyah pernah menghentak kaki
apabila berjalan di hadapan lelaki supaya gelang locengnya akan berbunyi dah
akan didengari oleh mereka. Al-Quran menegah perbuatan seperti ini kerana ia
mungkin menggoda lelaki mata kerajang untuk mengekorinya dan ia juga
menyampaikan niat jahat dalam hati wanita tersebut. Islam juga telah membuat
garisan tentang penggunaan bau-bauan kerana di sini juga ia mempunyai maksud
untuk menarik perhatian lelaki dengan menaikkan nafsu mereka.Hadith Nabi mengatakan: “Seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai,
ia merupakan seorang penzina.”
Begitulah cara dan gaya wanita Islam mensyukuri
kecantikan rupa paras dan fizikal yang dikurniakan Allah. Wanita Islam
sepanjang masa ketika di luar rumah hendaklah memperlihatkan ciri-ciri yang
baik., warak dan bertanggungjawab dan bukan sebagai jenis yang mudah
dipermainkan dan menggoda. Oleh itu tidak sepatutnya wanita Islam mempamerkan
kecantikan dan kejelitaan mereka dengan menceburi bidang peragaan atau memasuki
pertandingan ratu cantik atau menyanyi atau menari atau bidang-bidang yang
seumpamanya.
Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam ketika di
luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan,
berpengetahuan, berakhlak mulia dan yang seumpamanya. Sesungguhnya perintah
berpakaian menutup aurat adalah untuk mengedarkan wanita Islam bahawa mereka
adalah wanita yang beriman dan bukanlah wanita biasa yang merayau-rayau di
jalanan untuk menunjukkan gaya dan kecantikan mereka kepada orang lain.
~Notanotasikuka~
Dan sesungguhnya juga
wanita itu diciptakan Allah penuh dengan keindahan dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki kerana itulah ramai kaum Adam yang terpeda dan tergoda dan
adakalanya juga semua kecantikan ini telah disalahgunakan oleh kaum Hawa itu
sendiri.
Sesungguhnya hakikat sebenarnya adalah kecantikan itu tiada yang kekal. Betapa dijaga sekalipun dan diperlihara, bila tiba masanya kulit akan berkedut, bibir akan kecut dan wajah itu akan suram dan sayu. Benarlah tidak ada yang kekal kerana segala-galanya akan di mamah usia ditelan masa. Dan hanya satu yang tidak akan dimakan usia dan sentiasa kekal selama-lamanya iaitu sopan santun dan budi bahasa. Dengan keayuan yang berseri apabila bertudung dan sopan menutup auratnya, itulah kecantikan asli seorang wanita yang sebenar-benarnya. Begitulah istimewanya wanita.
~MAYRA HAYFA~
="Wanita
hiasan dunia,
seindah
hiasan
adalah
wanita solehah."=
0 comments