~NiKAh gaNtUng~



~NIKAH GANTUNG~
*ISU WALI DAN RISIKONYA*

Post kali nie tak de kena mengena dengan siapa2 pun..
Untuk perkongsian bersama dan untuk
menambahkan ilmu kita yang masih kurang nie.. J
sharing is caring right,,,~~

Assalamualaikum ustaz......
Saya berharap ustaz dapat menjawab permasalahan yang akan saya ajukan selepas ini.
Sebenarnya ustaz, seorang sahabat saya telah datang kepada saya untuk mengadu permasalahannya. Biarlah saya namakan sahabat saya ini dengan gelaran A. Sahabat saya ini merupakan seorang penuntut di IPTA. A telah menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang dikenalinya semasa belajar di IPTA yang sama. A juga telah berjanji dengan teman lelakinya untuk berkahwin setelah habis belajar.
Namun, tempoh pengajian mereka masih lama lagi. Pada masa yang sama, A dan teman lelakinya tidak yakin untuk menjaga hubungan mereka agar ianya tidak melanggar batasan syarak. Mereka memang berhasrat untuk berkahwin, namun, atas halangan keluarga dan pelbagai masalah lain lagi yang tidak dapat dielakkan, mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Mereka juga tidak mahu terus menerus hidup di dalam dosa dan kemaksiatan.
Oleh itu, mereka mengambil alternatif untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dengan menggunakan abang A sebagai wali. Mereka tidak akan hidup bersama seperti suami isteri tetapi mereka hanya 'kahwin gantung' sebagai cara untuk menghalalkan hubungan mereka seperti hubungan sebagai pasangan kekasih. Oleh itu, saya ingin bertanya tentang pandangan ustaz tentang alternatif yang A gunakan ini sebagai cara untuk menghalalkan hubungannya dengan lelaki itu. Adakah alternatif ini terbaik untuk mereka?

Soalan kedua pula, apakah boleh untuk A dan pasangannya untuk akad nikah sekali lagi setelah mereka tamat tempoh pengajian untuk mengadakan majlis perkahwinan secara rasmi dengan restu keluarga dan teman-teman yang lain agar perkahwinannya diketahui oleh kaum keluarga dan jiran mereka.

Itu sahaja soalan yang ingin saya kemukakan kepada ustaz. Saya amat berharap ustaz dapat memberi respon yang terbaik kerana pada waktu A memberitahu hal ini, saya tidak tahu sama ada ingin menyokong atau menghalangnya daripada melakukan perkara sedemikian. Sebagai seorang sahabat saya mahukan A bahagia dan tidak merana kelak. Terima kasih ustaz.

~hamba Allah yang memerlukan bimbingan~
 
RESPON

Assalamualaikum wrt wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih sudi bertanya. Soalan yang diajukan ini sememangnya soalan yang SANGAT BAIK. Kerana ia terkena kepada situasi kebanyakan mahasiswa/wi yang bercinta sewaktu belajar.

RISIKO BERCINTA AWAL

Dalam kes si A. Persoalan awal yang perlu ditanya ialah, kenapa dia bercinta sewaktu belajar? Kenapa dia mencipta janji untuk berkahwin? Sedangkan dia tahu percintaan sewaktu belajar akan memberi banyak masalah dari aspek emosi dan kejiwaan. Perjanjian untuk berkahwin juga bukanlah suatu jaminan. Terlalu banyak sudah kes yang berjanji semasa belajar... akhirnya janji tinggal janji, tak jadi nikah. Masing2 bawa haluan dan berkahwin dengan orang lain. BAHKAN, orang yang sudah bertunang juga masih bisa putus disebabkan lamanya tempoh bertunang itu.

Soalan kemudian boleh ditanya, kenapa dia tidak memilih untuk fokus kepada pelajaran? Seseorang yang fokus pada pengajian sepenuhnya, tidak akan melayan soal emosi dan percintaan. Seandainya dia membuka ruang untuk dilamar oleh lelaki, bererti cara hidupnya dan pergaulannya adalah agak BEBAS. Dia perlu bermuhasabah lebih dalam tentang aspek pergaulannya.

Bagi yang boleh bercinta, ustaz boleh katakan supaya BERTAHAN dan jangan sampai BERJANJI untuk berkahwin. Namun, jika nasi sudah menjadi bubur. Atau sudah terlanjur dalam mencintai, maka hal ini perlu ditangani dengan bijak. Sepertimana kes si A, dia sudah memulakan dunia percintaan walaupun dia TAHU ibubapanya MENGHALANG. Dia tahu banyak KEKANGAN dari aspek kewangan. Namun dia terus membina janji. Maka dia sudah melakukan satu kesilapan BESAR. Namun, apa boleh buat kerana kesilapan itu telah berlaku. Jadi, terpaksa ada pihak yang BERSUSAH PAYAH untuk menyelesaikan masalah ini.

Kembali kepada persoalan yang diajukan :

Mereka mengambil alternatif untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dengan menggunakan abang A sebagai wali. Mereka tidak akan hidup bersama seperti suami isteri tetapi mereka hanya 'kahwin gantung' sebagai cara untuk menghalalkan hubungan mereka seperti hubungan sebagai pasangan kekasih. Oleh itu, saya ingin bertanya tentang pandangan ustaz tentang alternatif yang A gunakan ini sebagai cara untuk menghalalkan hubungannya dengan lelaki itu. Adakah alternatif ini terbaik untuk mereka?
 
ISU WALI

Respon ustaz : Wali yang sepatutnya menikahkan si A adalah bapanya. Jika si bapa masih hidup, maka abang si A tidak layak menjadi wali. Sekalipun abangnya sanggup dan bersedia menjadi wali, maka perkahwinan itu tidak sah selagi wali BAPA yang layak masih hidup. Berbeza jika si bapa sudah MATI, barulah abangnya layak menjadi wali.

Jika si A bernikah dengan wali yang betul. Maka, dia tidak perlu bernikah kali kedua. Buat apa akad nikah kali kedua jika perkahwinan sudah sah. Nak berlakon kahwin semula? Tak boleh. Jangan buat benda yang agama tak suruh. Namun, jika si A bernikah dengan wali yang tidak sah. Maka perkahwinan itu adalah terbatal. Haram mereka duduk bersama.

SIJIL NIKAH

Ustaz ingatkan, pastikan perkahwinan itu mendapat sijil nikah yang sah atau berdaftar. Ini kerana, perkahwinan yang tidak didaftarkan akan memberi risiko yang besar kepada si A. Jika berlaku masalah nakfah dan kes rumahtangga, maka si A tidak boleh membuat laporan kepada mahkamah. Kerana sijil nikah mereka tidak sah, seolah2 mereka tidak pernah berkahwin.

Seterusnya, jika perkahwinan mereka tiada sijil. Jika ditakdirkan mendapat anak, maka anak mereka bermasalah untuk disahkan taraf. Iyalah, ibubapa seperti tak kahwin. Nak daftar anak sebagai apa? Maka, perlu waspada. Jangan biarkan si A jadi mangsa keadaan. Sudah banyak kes sebegini...akhirnya, lelaki lepas bebas, wanita merana membesarkan anak.

KOMITMEN & KAWALAN PERGAULAN

Setelah melalui prosedur perkahwinan yang sah, maka hubungan menjadi halal. Nikah gantung ini sebenarnya baik untuk mengelakkan zina. Namun, jika duduk secara berasingan dan meneruskan kehidupan sebagai pelajar. Maka disinilah cabaran besar untuk menjaga hati dan batasan. Si lelaki sudah menjadi suami orang, tetapi orang lain tidak tahu. Begitu juga si wanita, sudah menjadi isteri orang. Tetapi kawannya tidak tahu.

Maka, akan berlaku kes-kes mereka akan diganggu atau cuba ditackle oleh orang lain. Sebagai contoh, si A akan diajak keluar makan oleh siswa lain. Atau si A perlu bersama dengan siswa lain untuk uruskan study dan lain2. Maka, pasti suaminya akan merasa cemburu dan sukar menahan deruan emosi. Ini kerana, suami yang menyayangi isterinya pasti akan cemburu dalam pergaulan sebegitu. Siapa tak cemburu jika isteri keluar naik kereta dan kenderaan dengan lelaki lain kan? Siapa tak cemburu jika ada lelaki asyik ganggu isteri kita. Jika suami tiada rasa cemburu, maknanya suami itu tidak memahami erti perkahwinan. Tidak ada cinta.

Akhirnya, perhubungan akan menjadi rumit. Suami nak halang tak boleh. Sebab mereka kahwin secara rahsia. Jika suami halang isteri bergaul, nanti rahsia akan pecah. Akhirnya akan membawa kepada banyak konflik dan pergaduhan.

BAHKAN sudah ada yang kahwin sebegini, akhirnya bercerai tak sampai setahun. Sebab apa? Sebab perkahwinan gantung ini amat berisiko dari segi komitmen, ia membuka BANYAK FITNAH dan rasa CEMBURU juga sangat hebat. Jika pasangan itu jenis pemarah, konfem rumahtangga itu tidak tahan lama.

KAHWIN SEPARUH RAHSIA JER, KALAU ORANG TANYA...JAWABLAH

Yang terbaik, ialah kahwin secara rahsia tetapi duduklah bersama. Rahsia di sini ialah untuk elakkan kaum keluarga dan kerabat mengetahui pasangan itu berkahwin. Namun, tidak semestinya perlu dirahsiakan daripada pensyarah dan rakan2. Kerana merahsiakan perkahwinan daripada pensyarah dan rakan2 akan membuka banyak jalan fitnah dan cubaan.

Oleh itu, cara terbaik... kahwin dengan wali yang sah secara rahsia. Duduklah bersama dengan menyewa di tempat yang murah. Jika tidak boleh duduk bersama disebabkan faktor kewangan. Duduklah asing2. Paling utama, jangan terlalu merahsiakan hubungan. Jika ada orang tanya “kamu sudah kahwin? Jawab saja “ya!” Jika orang tidak tanya, tak perlulah beritahu. Dengan cara itu, masing2 boleh mengawal pergaulan dan akan lebih terjaga.

SOALAN KEDUA

Soalan kedua pula, apakah boleh untuk A dan pasangannya untuk akad nikah sekali lagi setelah mereka tamat tempoh pengajian untuk mengadakan majlis perkahwinan secara rasmi dengan restu keluarga dan teman-teman yang lain agar perkahwinannya diketahui oleh kaum keluarga dan jiran mereka.

Respon ustaz : Tidak boleh akad nikah kali kedua kalau perkahwinan sudah sah. Buat kenduri sajalah. Kalau mahu teruskan berkahwin secara rahsia... seeloknya biarlah dapat restu ibubapa dari awal. Kalau boleh si A perlu dapatkan restu dari walinya si BAPA. Lagi satu, tidak perlu minta restu teman2. Mereka tiada kaitan dengan keberkatan rumahtangga kita.

Harap faham ya, jika sekadar mahu maklumkan kepada kerabat dan teman2. Cukup dengan panggil mereka datang kenduri. Buat majlis dan ajak makan. Tidak perlu akad nikah kali kedua. Bila orang tanya, “Bila akad nikah?” jawab “Sudah selesai, lama dah nikah”. Jawab dengan jujur.

JANGAN TERBURU-BURU

Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Jangan sampai nak tutup lubang kecil, akhirnya membuka lubang yang besar. Jangan sekadar nak tutup mudharat kecil, akhirnya mudharat lebih besar terjadi. Jangan sekadar nak pegang2 tangan dan menjadi kekasih yang halal... tiba2 jadi perbalahan dan pergaduhan yang membawa kepada penyesalan.

Jangan sekadar nak menikah sebab tak tahan... tetapi hak dan tanggungjawab sebenar perkahwinan apapun tak faham. Kerana, masa belajar ini semuanya nampak mudah dan indah. Tetapi, perkahwinan sebenar akan zahir selepas tamat belajar. Ketika itu... ramai yang tak mampu menahan ombak dan gelombang. Akhirnya? Tongkang mereka pecah.

Oleh itu, pastikan jika hubungan itu sudah terdesak. Kahwinlah. Namun, jika memilih jalan untuk kahwin. Pastikan nawaitu dan kefahaman itu perlu benar-benar mendalam. Bukan sekadar nak ‘HUBUNGAN KELAMIN’ saja.

BETULKAN NAWAITU

LELAKI@WANITA yang benar2 mandiri biasanya merka akan mampu mengawal perjalanan emosi dengan baik. Lelaki@wanita yang benar2 patuh dan taat beragama, dia tidak akan digugat oleh emosi dan nafsu untuk berkahwin awal. Biasanya emosi dan nafsu akan mendesak jika lelaki itu hidup mengabaikan syariat. Lalai menjaga solat, malas menekuni ilmu, banyak khayal...maka ketika itu dia akan merasa seolah2 TERDESAK untuk kahwin. Hiduplah bersyariat. Jika gagal menjaga syariat secara menyeluruh...ketika itulah desakan emosi menjadi tidak keruan. Jika si A memilih untuk menikah dengan lelaki yang tidak keruan...dia perlu bersedia menerima impaknya.

Namun, tidak salah kahwin awal. Perbetulkan nawaitu berkahwin awal bukan atas sebab terdesak atau sekadar mahu lesen untuk 'ITU'. Tetapi kerana mahu mendapatkan lebih banyak pahala. Kerana mahu melunaskan tanggungjawab berumahtangga. Kerana mahu mendapkan zuriat yang soleh dan solehah. Juga untuk mendapat ketenangan yang mendalam. Jika bermula dengan niat sebegitu...dengan izin Allah, mudah2an perkahwinannya membawa kebaikan. Insya allah.
  
         ~Mayra Hayfa~
-Jalan terbaik untuk mengelakkan
daripada zina adalah berkahwin-
  Jika itu yang terbaik buatmu...

0 comments