~kHaBaRkAn PaDa NYA~



Assalamualaikum...”)
Salam pertemuan lagi dengan sahabat2.
hari nie tak terlalu buzy..tak tahu nak buat apa...hurmm...apa lagi...blog kesayangan nie jadi peneman la..=-=
tiba2 terlintas sesuatu (nak kongsi somenthing la kan)...biasa la ..bila tak de apa nak buat...macam2 la perasaan yang ‘berawang-awangan’ dalam kepala nie..hehe
~Khabarkan pada NYA~
Nak kongsi tentang feeling2 nie la..aihhh...berkait dengan perasaan  laaa..elleh..macam la korang tak pernah ada perasaan kat orang lain kan..hahaa,, mesti korang pun ada pengalaman ..jom la tukar2 n kongsi  cerita..^+^

Ok la..starting nye la kan..’’jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana bila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada si dia. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana DIA mengetahui segalanya daripada kita”.. Alhamdulillah..Memang benar apa yang apa yg terdapat dalam ayat di atas, dan saya tidak nafikan dan bukannya untuk dibanggakan tetapi sebagai perkongsian bersama kerana perkara nie lah  yang saya pegang hingga hari ini. Tapi bagi sesetengah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang sanggup menaggung rasa di hati dan menyatakan nya kepada Sang Pencipta...mungkin juga kita hanya percaya tetapi  kita tak yakin  yang Allah tu selalu ada dengan kita..=-=  saya nak kongsi sikit  apa yang saya baca mengenai "Cinta Mengikut Islam" ini;..untuk peringatan diri saya yang terlalu lalai nie jugak!! J

~ Pendam dan luahkan pada Allah~
jika kita mencintai seseorang kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain sebab jodoh  nie kan semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Yang penting kita niat.. kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah..

~Nilai dan selidiki sebelum mencintai~
Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ia datang  tanpa kita sedari. Ada jugak cinta  pertama kali bertentang mata (sekali pandang),macam pernah mengalami situasi  nie je,haha..first sight la katakan..hehe. nilailah cinta kita itu semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya ? Untuk memuaskan nafsu diri ? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan kat  dunia nie je...tapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.. 
  
~ Jauhilah 'bercouple~
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung  mendekati zina..
Dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina?

~ Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang) ~
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Jika kita telah  nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.

~Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman~
Alhamdulillah., jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Islam tu kan agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu...:)

~notanotahujunghati~
couple ni memang indah tetapi beracun. Saya tidak mahu rakan-rakan saya diluar sana terkena mainan syaitan..semoga dengan pengalamn2 yang lalu menjadikan pengajaran buat kita semua..
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik...^_^

KhAsBuAt................Bakal ImAmkuu <2 hahaa..:p
(adakah aku kenal si dia?? Ataupun  seorang yang tak pernah aku kenali?? )
(Semua menjadi tanda ????)
 
Cinta kerana Allah,
Kita hormati privasi si dia.
Kadang-kadang mood dia tak baik,
Dan dia ingin bersendirian,
Kita hormati permintaan dia,
Kita biarkan dia bersendirian seketika.
Bukan kita tak nak pujuk,
Kita cuba juga pujuk,
Tapi kita yakin, Allah kan ada.
Kita kan terus berdoa,
Semoga Allah kan selalu membantu dia,
Memberi ketenangan dan kesenangan kepada dia..:)
 
MAyRa HaYfA
~ Kamu TAHU satu-satunya ALASAN
mengapa Allah memisahkan kita?
~> Karena kita terlalu DEKAT,
melampaui yang seharusnya ..~



0 comments