Friday, 28 June 2013

~SeMoGa dIpErMuDahKAn~ =)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   ^_^


Pagi2 dah buka blog...hehe nak hilangkan mengantok lepas solat subuh..bilik pn still gelap..99% mata nie nak terlelap semula..Ehhh?? (abaikankan haha)
Ok la..memandangkan tak lama je lagi saya nak pergi mengerjakan umrah..nak berkongsi tempat2 yang mustajab untuk berdoa kat makkah nanti..(post sebelum nie memang tak de mention pun nk g umrah kan?!! *tetibe je hehe )

Alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan sebelum nak pergi sana nanti. Semua telah dibuat, urusan memohon cuti memandangkan time tu betul2 kena waktu praktikal..hoho..lepas tu mohon tukar tempat praktikal pulak..mintak tempat posting dekat sikit dengan rumah.senang sikit nanti..Sebelum pergi nie..Allah uji sikit dengan kepayahan, sebab Allah nak tengok sejauh mana usaha hambaNYA yang dhaif nie..huhu.Alhamdulillah...kini semua selesai. Cuti pun dah diluluskan.Allah permudahkan semua nye =) @feeling Love with Allah

Antara tempat mustajab untuk berdoa ialah :-

 Di Multazam
Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:
“Multazam adalah tempat dikabulkannya doa. Tidak ada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan.” (HR. Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad Jilid V, hal. 347).

 Di bawah Pancuran/Talang Emas/Hijir Ismail
Diceritakan dalam kitab Fi Rihaabil Baitil Haram bahwa suatu hari Nabi Ismail menyampaikan keluhan kepada Allah SWT tentang panasnya kota Mekkah. Kemudian Allah swt menurunkan wahyu kepada Nabi Ismail AS, “Sekarang Aku buka Hijirmu salah satu pintu surga yang dari pintu itu keluar hawa dingin untuk kamu sampai hari kiamat nanti”.
Tempat yang terletak antara rukun Syamin dan rukun iraqi ini dipercaya menjadi salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Di sinilah Nabi Ismail as pernah tinggal bersama ibunya, Siti Hajar, dan keduanya pun di makamkan di tempat ini. Hijir Ismail dipagari oleh tembok rendah yang disebut juga dengan al-Hatim berbentuk setengah lingkaran dan merupakan bagian dari Ka’bah.

Di Sofa dan Marwah
Diriwayatkan dari Jabir dari Abdullah bahwa Rasulullah saw pergi menuju Shafa hingga melihat Ka’bah, lalu mengucapkan kalimat tauhid, tahmid, dan takbir sebanyak tiga kali, kemudian berdoa sesuai dengan apa yang beliau kehendaki. (HR. An Nasa’i dalam Kitab Manasik al Hajj, Jilid V, hal. 241)

 Di belakang Maqam Ibrahim
Dalam kitab Qadhaya al Mar’ah fi al Hajj wa al Umrah, Dr. ‘Ablah Muhammad al Kahlawi menuliskan bahwa “di antara keutamaan Maqam Ibrahim ialah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan disana”.

Di Raudah
Terdapat sebuah tempat yang merupakan bagian dari Masjidil Haram dengan julukan taman surga. Tempat ini disebut dengan ar Raudhah. Ar Raudhah adalah ruang di antara mimbar dan makam Rasulullah saw. Tentang keutamaan Raudhah tergambar dalam hadits berikut.
Rasulullah saw bersabda:
“Tempat antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman surga.” (HR. Muslim)

Usahakanlah agar kita dapat berada ditempat-tempat tersebut untuk melakukan solat-solat sunat spt solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, berdoa, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dan sebagainya.
Info2 nie saya ambil dari blog  http://penjagaiman.blogspot.com/2012/08/tempat-mustajab-doa-di-madinah-dan-mekah.html & http://www.eramuslim.com/berita/laporan-khusus/5-tempat-mustajab-di-mekkah-dan-madinah.htm#.Uc4LdH-Ebec  untuk perkongsian bersama. Persediaan dan ilmu sangat penting sebelum pergi nanti, Semoga Allag Redha. Amin.. 
*Ya Allah permudahkan la segala urusanku dan keluargaku disana nanti*
Amin.. @feeling excited menuju rumah Allah


  ~MaYrA HaYfA~

Ilmu Itu pengikat setia..
Untuk menuju taman syurga..
                   =)


 

Thursday, 27 June 2013

~RaHsIa kEjAiBaN SoLaT dAlAm MedIc~

Assalamualaikum...malam nie nak berkongsi sedikit ilmu yang dapat tadi..sejak2 tergolong dalam 'medic' nie..banyak juga cari info2 perubatan yang berkait rapat dengan islam..rupe nya banyak sangat kajian yang telah dibuat..oleh pakar2 perubatan dalam dan luar negara..ulamak2..dan ramai lagi..tak sangka..mudah nya orang bukan islam dengan 'mengkaji' sahaja seseorang itu terbuka hati untuk memeluk islam dengan izinNYA..hebatnya kuasa Allah =). kita sebagai seorang islam apa matlamat kita sebenarnya..Tepuk dada tanya Iman..^_^

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".

Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang (Allahuakhbar..Hebatnya  kuasa Penciptaku)

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.Jesteru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini..
 
Merawat dengan solat..Sembuh dengan Al-Quran.. =_+
~maribersyukuratasnikmatNYA~

Marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas..Alhamdulillah..pertamanya sebab kita dilahirkan dalam beragama islam...Sedarlah bahawa solat itu tiang agama..Tanpa tiang tak mungkin kita dapat berdiri dengan sempurna..Allahuakhbar..sangat tersentuh apabila orang bukan islam yang mengkaji tentang perubatan islam ini..Dimanakah kita??umat islam yang lain..yang asyik sibuk dengan keduniaan serta terikut2 teori orang barat..Jom kita muhasabah diri..supaya kelemahan kita dapat diperbaiki untuk  mencapai yang lebih baik..InsyaAllah..=) 

    ~MaYrA HayFa~
Tanpa menunaikan solat..
hidup kita tak bermakna..
             =)



 
 




Tuesday, 18 June 2013

~nUkilaN HatI~~



Bismilahhirrahmannirrahim...=)

Ya Alllah..
NamaMU  sentiasa  diruang qalbuku..
Mulutku tidak berhenti menyebut namaMU...
Hatiku tidak pernah sesekali lupa padaMU...

Ya Allah...
Janjiku padaMU tidak sesekali ku lupakan...
Tetapi apakan daya..
manusia  seperti ku tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..
Berbekalkan nikmat islam dan iman daripadaMU..
Menjadikan ku untuk sentiasa meraih keredhaan daripadaMU...

Ya Allah..
Didalam kesibukan ku bermain dengan urusan keduniaan..
Tidak sesekali ku lupa padaMU..
Ku kuatkan hati..
Untuk tidak terus lalai dengan dunia yang fana ini..

Ya Allah..
Andai diri ini lalai...
Hanya sentuhan kasih sayangMU yang kuharapkan...
Janganlah membolak balikkan hati ini..
Keranaku tidak kuat untuk untuk menghadapinya tanpaMU...

Ya Allah..
Dalam kesibukan dunia...
Menjadikan ku alpa..
Lupa akan kenikmatan yang diberikan olehMU..
Tanda kesyukuran tidak ku sambut..

Ya Allah..
Sepertiga malam..
Kugagahi jua  untuk untuk menghadapMu...
Meraih keampunan dariMU...
Dan kasih sayangMU yangku harapkan..

Ya Allah..
Kurasa kan sentuhan dariMU...
Menjadikan diri ini kuat...
Untuk bangun berbicara denganMU..
Pada sinar diantara  samar cahaya..

Ya Allah...
Kuatkanlah taktala ku diuji..
Berilah ruang antara waktu..
Untukku memohon keampunanMU..
Ampunkanlah aku dan terimalah taubatku...

Ya Allah...
Hatiku sangat tersentuh...
Taktala dipilih untuk diberi ujian olehMU...
Semoga hatiku sentiasa bertaut padaMU...
Agar syurga kekal menungguku...

Ya Allah...
Sesungguhnya diriku yang lemah ini..
Tidak kuat untuk mengharungi ujian dariMU...
Tapi kini semua berubah...
Kerana namaMU sentiasa singgah dihati..
Dan menjadi ukiran manis dibibirku..
    

       ~MaYrA HaYfA~
Nukilan disepertiga malam,
 Terasa Allah sangat dekat,
    berbicara denganNYA,,
    ketenangan yangku rasai..
                     =)
*****
Nukilan dari hati...no copy..no paste...=)
                 Alhamdulillah 
       Bicara hati disepertiga malam..
                      ^_^