Thursday, 26 September 2013

~MeNgApA oRaNg BUkAn isLaM DiGeLaR kAfIr~

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
  Bismillahirrahmanirrahim.. =_+
 
Mulakan hari dengan senyuman, supaya dapat elakkan kedut2 kat muka tu...haha
Niat tu penting, kerana Allah..senyum tu sedekah, =)   Dah pukul 10 malam, baru balik dari praktikal, kepenatan, nak tidur tapi awal lagi,.lagipun esok cutiii macam xde nikmat plak nak tidur awal2 hihii  :P
tibe2 rasa bertenaga je (lepas minum nescafe haha) sebab tu ada mood nak berblogger~
 
okayy la..hari nie just nak berkongsi tentang kenapa orang bukan islam digelar kafir ye?? Sebelum nie kita cuma tahu cakap 'orang kafir' je..tapi tak tau sebab apa orang bukan islam digelar kafir! kenapa tak dipanggil dengan gelaran lain, Haa..mesti ada sebab kan..jom!! kita rajin kan diri mengkaji dan membaca, sebab ilmu tu tak datang sendiri, kalau bukan kita yang pergi mencari nya..kan2?? =D

Mengapa orang Islam menghina orang bukan Islam dengan panggilan "kafir'? Bukankah mereka juga ada agama? Sedangkan orang-orang bukan Islam hanya menggelar orang yang tak beragama sahaja sebagai kafir?
Kafir berasal daripada bahasa Arab "kafara' bermakna menyembunyikan atau ingkar. Dalam Islam, kafir bermakna seseorang yang menyembunyikan atau ingkar terhadap kebenaran Islam. Umat Islam hanya menggelar kafir kepada orang yang sudah sampai berita kebenaran Islam tetapi menolaknya, orang bukan Islam yang belum sampai kebenaran Islam dan mereka tidak beriman dengan Islam maka mereka tidak layak digelar sebagai kafir sebab Allah telah menghantar utusan atau nabi kepada setiap kaumnya seperti tersebut dalam ayat di bawah :

"Dan tidak ada satu umatpun melainkan telah dihantar seorang utusan yang memberi peringatan kepadanya (Fathir 35;24)".

"...Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan, dan bagi setiap kaum terdapat utusan yang memberi petunjuk (Ar-Ra'd 13;7)

Orang yang menolak Islam dalam bahasa Melayu dipanggil juga sebagai Orang Bukan Islam. Sekiranya orang bukan Islam merasa dihina dengan panggilan kafir maka dia harus menerima Islam supaya tidak dipanggil lagi "kafir" atau 'orang bukan Islam'.

Orang-orang kafir daripada ahli kitab dan orang-orang musyrik tidak menginginkan diturunkan sesuatu kebaikan daripada Tuhan mu kepada mu (Al-Baqarah 2;105).

... Dan sesiapa yang menukar iman dengan kekafiran, sungguh telah sesat daripada jalan yang lurus (Al-Baqarah 2;108).

Sebetulnya siapa orang kafir?
Dan kami menampakkan Neraka Jahannam pada hari itu kepada orang-orang kafir dengan Jelas. Iaitu Orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup untuk melihat tanda-tanda kekuasaan-Ku, dan mereka tidak mendengar ayat-ayat Allah (Al-Kahfi 18;100-101).

Ayat di atas menerangkan bahawa orang kafir adalah orang-orang yang tidak menggunakan mata untuk melihat kekuasaan Allah dan telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah ketika disampaikan
                                            
~AyatayatAllah~
Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang cukup berat (Al-Baqarah 2;6).
 
      ~MaYrA hAyFa~
    Ilmu Allah itu luas,
Tanpa ilmu kita diibaratkan 
 berjalan sambil tutup mata
      Tiada arah tuju
 

No comments:

Post a Comment