Saturday, 6 December 2014

Just for you! 😜


Tak ada kena mengena pun tajuk dengan entry nie haha.. 

Alhamdulillah…

Day 1 had finished..
Done 5 slot for today 😊
Allah ease everything..


Let’s Continue….
For Day 2 tommorrow 😉
Allah masih izinkan untuk bersama majlis ilmu 😊

Still searching…..Real Life! 

      - Mayra Hayfa -

      Sinar Majlis Ilmu

Wednesday, 3 December 2014

SukaSukaBersama


Kali ini tak lagi ikut rasa hati, 
Selalunya orang suka ikut kata hati..
Tapi kali ini tidak, 
Berat kaki melangkah untuk hantar borang ' kursus pra perkahwinan' .

Serius, memang tidak ada niat nak pergi kursus tu. Allah tetap gerakkan kaki untuk terus melangkah sehingga sampai ke depan pintu 'jaip' (Jabatan Agama Islam Pahang ) 😷 haha

Selesai daftar, bayar pun sudah. Tetap tak datang rasa 'happy' or 'feeling' that can make me smile 😔

Adakah rasa sangat terpaksa? Mungkin tidak, sebab tiada orang yang memaksa untuk pergi kursus ni...haha 😝

Sementara cutu ni.. Awak..awak..awak..yang jauh tu, jom! Haha 😁

Kalau tak ada orang ajak, memang tak  pergi la.. Thanks sahabat sebab ajak haha.. Allah nak bagi sesuatu ni.. Allah nak bantu dan permudahkan setiap urusan kita... InshaAllah..Bersangka baik ye 😊

#SukaSukaTulisCariIdeaBaruSegarkanMindaApaApaPunBolehJadiAyatCampurCampurSkemaJe😁😁😁😁

    ~Mayra Hayfa~
     Thanks to Allah
               😉

Tuesday, 2 December 2014

Masih Mencari =)


Masih belum masanya untuk pergi IV kerja..Sangat berbeza dengan perancanganku, Tetapi tetap yakin perancangan Allah terdapat 1001 hikmah yang terbaik buat hidupku..

Walaupun hati sendiri rasakan 'kursus pra' ini mungkin tidak diperlukan lagi, sebab tak sampai masanya lagi. Serius! Rasa belum bersedia..Tapi bila fikirkan semula.. " ILMU "

Ini jugak ilmu akhirat. Tak perlu tunggu ada calon atau rasa bila perlu berkahwin sahaja baru pergi. Tajdid niat, Ilmu Allah itu luas, Niat kerana Allah =)

Persepsi dahulu ketika orang tanya 'bila nak pergi kursus kahwin'??
'Tak sedia lagi la' .. 'Awal lagi nanti la,bukannya nak kahwin lagi ' ... 😁

Okay, walaupun memang rasa sekarang bukan masanya lagi.. Sudah terlambat! Sudah pun mendaftar . Terfikir juga, bila sudah masuk alam pekerjaan mungkin tiada masa untuk menuntut ilmu Allah dalam kursus ini 😉

Habiskan cuti dengan sesuatu yang bermanfaat, kerana pada setiap jarak waktu itu harus diisi dengan ilmu-ilmu Allah.. Amat rugi bagi mereka yang menagguhkan sesuatu, dan mereka tergolong dalam orang-orang yang rugi..

Tajdid Niat, Perancangan Allah itu Hebat, Alhamdulillah, Bersyukur dengan nikmat dan peluang yang Allah bagi. Sentiasa positif dengan setiap perancangan Allah. Allah Maha Mengetahui 😊☺️

        - Mayra Hayfa -
    • Ilmu Allah itu Luas •
   

Monday, 1 December 2014

• Angin Lalu •


Tiada lagi gelak tawa,
Gurau senda macam dulu..
Perubahan demi perubahan,

Notice something,
Something happen,
Maybe my mistake,
Make us feel uncomfortable..

Maaf salah silap,
Aku bukanlah sempurna,
Dan tidak mampu untuk jadi sempurna,
Maaf, maaf dan maaf..
Tapi tidak semua dapat menerima perkataan 'maaf' itu..

Semoga Allah terus beri petunjuk dan hidayah kepada kita semua..

            -Hamba Allah-
         @ bloggermayra@
  • Aku bukanlah sempurna •

Saturday, 29 November 2014

~Hidup Bersama RedhaNYA~

Dulu dengar je pengalaman sahabat..
Sekarang bila kena pada diri sendiri 'collapse" sebentar..

Ujian Allah pada orang lain, mungkin kita nampak kecil, kerana kita tidak merasainya sendiri..

Apabila sudah kena pada diri sendiri, bagaikan dihempap batu besar.

Positifkan diri dengan 'nasihat' yang pernah kita suarakan pada sahabat kita dahulu, semasa mereka ada masalah. Adakah kita kuat? 

Cuba untuk sentiasa positif dengan aturan Allah, kerana itu yang terbaik. 
Sekarang masa untuk berbakti kepada kedua ibubapa sebagaimana yang diamanahkan oleh Pencipta Pemilik Seluruh Alam.

Redha dengan segala ketentuan. Allah telah menyediakan yang terbaik buatku, dan ini keputusan yang harusku terima.

Allah hadirkan insan-insan yang telah memberi kebahagian, menjaga, serta memberi pendidikan, dan haruskah kita persiakan mereka? 

           - Mayra Hayfa -
    Masih mencari RedhaNYA

Tuesday, 25 November 2014

😔😥😰 Aku Redha =)

Sebak! Terduduk! Diantara dilema hidup!

Ada anak nurse,
 tapi kerja jauh..
Anak nurse, 
bila diperlukan mereka tiada..
Anak nurse, 
tapi bila mak ayah sakit orang lain lebih memerlukan dia.. 

Ungkapan yang seringku dengar, buatku sentiasa berfikir....Sebak! 
Segala kemungkinan terhadap keputusan yang akanku putuskan..

Moga Allah redha dengan setiap apa yang kita lakukan. Istikharah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

 #HambaAllah#
•Takdir Hidupku•

Tuesday, 11 November 2014

Bernafas Dengan Ilmu Allah =)


Assalamualaikum! ^_^
Malam ni awal pulak siap kemas rumah, package dengan layan cerita Setitis Kasih Damia! terpengaruh! haha. now, layan blog~


Terjumpa satu entry yang sangat bermanfaat. 
PEMIMPIN!
Dalam kehidupan kita kena pandai mengatur langkah memimpin dan dipimpin. Harus dibezakan dari segi sikap dan kelakuan.

Pilihlah pemimpin yang takut dengan Allah..
Yang minta dibantu untuk menegakkan kebenaran dan minta ditegur kalau dia bersalah. 
Dia tidak menyebut jasanya dan tidak banyak membuat janji-janji manis.

Lebih Cantik..
Jika pemimpin itu bertaqwa, segala urusannya dibantu dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Sangat penting para pemimpin dibantu oleh Allah SWT, kerana dengan demikian itu akan terjamin segala urusannya tepat menurut kehendak Allah SWT dan RasulNya.

Sebagai Penguat Diri..
Mengapa Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a berupaya memimpin dan mentadbir empayar yang luasnya 3/4 (tiga suku) dunia? Kerana urusan Sayidina Umar dibantu oleh Allah SWT dan melaksanakan dua prinsip asas ini iaitu taqwa dan kepintaran. Tidak terpisah antara keduanya.

Sayidina Umar tidak tidur malam kerana menyelesaikan segala urusan dengan Allah SWT. Dan tidak tidur siang untuk menyelesaikan urusan umat. Sayidina Umar Ibnu Aziz pula menangis hampir setiap malam sepanjang kekhalifahan beliau. Rintihan beliau ialah; "Urusan diri pun belum tentu selamat, ini pula hendak memikul urusan umat."
 
Mendalami Sejarah..

Pentingnya pemimpin memiliki sifat taqwa dan cerdik, digambarkan dalam pertanyaan Rasulullah  ketika melepaskan Sayidina Muaz menjadi gabenor di Yaman, 
 
Rasulullah bertanya:
“Dengan apa nanti engkau menghukum?”
"Dengan Kitabullah,”  jawab Muaz.
“Kalau tidak  ada?”
“Dengan Sunnah Rasul-Nya. ”
"Jika tidak ada dalam Sunnahnya?”
Muaz menjawab, “Aku akan berijtihad dengan fikiranku. ”
Rasulullah   berkata, “Segala puji bagi  Alllah yang menyelaraskan fahaman urusan Rasulullah dengan apa yang diredhai Rasulullah. ” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At Tarmizi)

Kata Sayidina Umar: 

"Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Kerana tanpa ketaqwaan kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat.

Aku juga sangat kecewa terhadap orang yang bertaqwa tetapi dungu. Kerana orang itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna."

p/s :Wanita terutamanya,jangan menganggap kita tidak layak untuk memimpin!
         belajarlah untuk memimpin sebelum kita dipimpin. Tanggungjawab dalam 
         bekeluarga jangan dianggap mudah, akan dipersoal kelak.

          ~mAyRa haYfA~
  Hidup dengan Agama Allah,
   teladani sejarah membentuk
             Sahsiah Diri.
                    =)


Monday, 10 November 2014

* Diagnosis * Inspirasi Bersama

Alhamdulillah, selesai baca buku DIAgnosis. Dah lama sangat menunggu buku ni. Sekarang dah tau kenapa tertarik sangat nak baca =)

Baca buku diagnosis ni, banyak pula yang relate dengan pengalaman sendiri waktu posting..Tetapkan pendirian.. Kena marah, dilabel, orang dengki, dipertikai apa yang kita lakukan itu biasa.. Manusia! Dunia!


PENTING.......
  Jadikan kerjaya kita mampu menjadi pasport untuk kita ke syurga #KitaPilih =)

Moment.......
  The best part that : I tell them who keep asking me "why i always tell that i'm not interested choose doctor to be my "future partner "! Haha 😝

I'm just confius, whether my statement looking "weird" ? Heh! 

Not Complicated Answer.......
  " Doktor busy, selalu oncall, sebab kerja nurse dah busy, jarang cuti, tak nak la pilih partner yang busy jugak. Nanti jarang boleh spend time sama-sama =( "

Muhasabah Diri....
    Ok! Sampailah terbaca buku DIAgnosis ni... Jawapan sendiri tu rasa nak campak jauh-jauh. Malu!  Jadikan diri mula berfikir. Apa matlamat utamaku =(

#DIAgnosis
    Harus berkorban "mewakafkan" pasangan demi islam, ummah.. Perlu mengubah situasi, terus menyokong pasangan . InshaAllah =)

Now! I think i should change my statement! Allah itu Maha Adil. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.. Kita yakin, terus berusaha dan Tawakal.

Letakkan dalam diri Rasa Bahagia dan Bersyukur..

   Rasa bahagia tiba bila kita membantu merawat pesakit, pesakit itu pulih seperti sedia kala. Allah 'menyalurkan ' kita untuk memberi bantuan supaya mereka boleh terus beribadat kepada Allah. Bahagia? =)

  Rasa syukur yang tidak dapat digambarkan bilamana Allah memberi kita peluang untuk "berjihad" dalam bidang ini.

_ ALWAYS TRY TO BE AND ALWAYS BE THE BEST PERSON _
CREATE SOMETHING THAT MAKE YOU FEEL ALWAYS IN A GOOD CONDITION

p/s : broken english? yes,it's me! haha
        *For special person, never forget in 
          my Doa..•~•

      ~MaYrA HaYfa~
    Let's continue our
        medical field
  *MEWAKAFKAN DIRI *
                ^ ~ ^


Tuesday, 4 November 2014

~Bila saya ditolak ~

Tak jemu baca, kebanyakan "terkena" pada diri sendiri..huhu semoga diri sentiasa kuat dengan ujian dunia. Allah sentiasa ada dengan kita =)

Semoga beroleh manfaat...

Semasa dalam perjalanan pulang dari kelas, saya berbicara dengan sahabat serumah saya:

“Mak perempuan yang aku cinta, nak call aku malam ni.”

Kawan saya itu bergurau: “Alah, mak dia aja yang minat dekat engkau. Anak dia tu nanti reject kau!”

“Hish, janganlah cakap macam itu.” Saya menyiku sahabat saya.

Kami ketawa.

Panggilan Itu Adalah Panggilan Duka.

Apabila hendak berbicara dengan Si Ibu pada petang itu, rumah saya sedang sibuk menguruskan makanan untuk program hari raya aidilfitri pelajar Malaysia di Jordan. Kami buat program hari raya lambat sedikit. Sudah hampir berakhir syawal, baru buat. Saya duduk di dalam bilik, tidak mahu menganggu rakan-rakan di ruang tamu yang sedang bertungkur lumus membungkus makanan.

Saya tidak pernah berhubung dengan perempuan yang saya cintai sebelum itu. Saya hanya berhubung dengan Ibunya. Itu membuatkan hubungan saya dengan Ibunya rapat. Walaupun banyaknya, kami tidak bercakap perihal anaknya pun. Saya pun segan nak tanya-tanya. Sudah cakap suka sekali, sudahlah kan.

Tetapi sembang pada petang itu rasa aneh. Si Ibu ada nada serba salah.

Sebelum itu, surat dari Malaysia baru sampai. Surat yang dikarang oleh Si Ibu. Menyatakan bahawa, dia ingin nak bertanya kepada anaknya akan saya. Saya tidak sempat nak karang surat baru, untuk menyatakan tidak perlu. Saya risau. Umur perempuan yang saya cintai itu masih muda. Tetapi belum sempat mengarang surat baru, Si Ibu sudah menghubungi saya.

Dan semasa sembang-sembang itu, sampailah kepada ‘tujuan sebenar menghubungi’ saya pada hari itu. Rupa-rupanya, Si Ibu sudah bertanya kepada anaknya.

“Dia kata, dia tak mahu Hilal jadi suaminya.”

Saya diam banyak selepas itu. Si Ibu yang berbicara panjang, menenangkan saya. Saya mendengar sahaja, dan kadangkala saya kata: “Tidak mengapa. Ok sahaja. Makcik jangan risau.”

Sembang-sembang itu berakhir dengan Si Ibu itu mendoakan saya. Saya diam sahaja. Masa itu, katil saya di tepi tingkap. Saya cuba melirik langit petang. Jiwa saya rasa seperti sedang ditebuk-tebuk.

Sakit.

Ketika itu, rakan serumah saya yang bergurau siang hari tadi masuk ke dalam bilik.

“Ha, macam mana? Bila kahwin?” Dia menyakat.

Saya memandangnya. “Kena reject la.”

Kawan saya ketawa. “Janganlah gurau. Macam mana?”

Saya tersengih kelat sahaja masa itu. Geleng. “Tak tipu. Kena reject.”

Masa saya lihat wajah sahabat saya, saya dapat lihat dia serba salah.

“Eh, sorry weh.”

“Tak ada apa-apa.”

Dan saya keluar bilik, membantu rakan-rakan menguruskan makanan. Ketika itu, rakan-rakan semua jadi tahu saya kena reject. Yang buat saya terharu, semua cuba menenangkan di saya.

“Bunga bukan sekuntum Lal.” Senior saya yang turut membungkus makanan menenangkan.

Saya hanya mampu diam dan tersenyum. Buat-buat ketawa sekali-sekala.

Jiwa saya? Sakit.

 

Menghadapi Perasaan Itu.

Saya seperti tidak mampu hidup. Ya. Saya merasai perasaan sedemikian.

“Seperti mayat hidup.” Itulah yang saya sering ulang kepada diri saya.

Saya yang merupakan AJK Majlis Hari Raya ketika itu, melalui majlis itu dengan wajah yang sebentar ceria(kala orang ramai memandang), tetapi bila saya duduk sendiri, saya termenung panjang hingga disedarkan sesiapa.

Saya seperti tidak nampak masa hadapan beberapa hari selepas itu.

“Habis, aku nak kahwin dengan siapa? Takkan bujang sampai tua?” Pernah keluar daripada mulut saya.

Sehari dua itu, yang berdendang dalam komputer saya adalah lagu-lagu sedih. Saya pernah nak happykan diri saya dengan tengok drama Jepun, tetapi drama Jepun itu pun ada ceritakan yang watak lelakinya kena tolak. Saya masih ingat saya menangis bila tengok drama itu.

Bila saya tidur, saya sentiasa berharap agar saat saya bangun, semua yang saya hadapi adalah mimpi.

Lemah. Perit. Sakit.

Jiwa rasa terseksa. Seakan-akan tersepit.

Untuk beberapa hari, begitulah yang diri ini rasakan.

Tetapi untungnya diri ini, adalah apabila mengikuti tarbiyah.

Saya adalah yang mengikuti usrah. Bahkan, saya sendiri ada menguruskan beberapa usrah.

Beberapa hari selepas direject, usrah mingguan saya berjalan. Saya mengadukan masalah saya kepada sahabat seusrah.

“Kadangkala, benda-benda macam ini jadi sebab Allah mahu kita tingkatkan diri kita lebih lagi.”

Ya. Begitulah sahabat saya sebut kepada saya. Mengetuk jiwa saya. Membuatkan kabut gelap dalam diri sebelum itu, seakan pecah sebentar untuk memberikan saya peluang melihat cahaya.

Tingkatkan diri lagi.

“Kadangkala, benda macam ini, perlukan masa Hilal. Kena ingat balik, kenapa bercinta.” Seorang lagi sahabat mengingatkan.

Perlu ingat balik kenapa bercinta. Ya. Ketika itu saya mula teringat apakah makna cinta pada saya. Cinta, adalah ingin bersamanya ke syurga. Jadi, mustahil peribadi seorang yang hendak ke syurga, selemah ini?

Bila putus cinta, mahu merasa seperti hendak mati. Seakan tidak bermakna hidup.

Apakah itu peribadi manusia yang hendak membawa seseorang ke syurga?

Selepas itu saya tersedar.

Dan bangkit.

 

Bukan Mudah. Tetapi Bukan Mustahil. Dunia Belum Berakhir.

Bukan mudah. Benar.

Tetapi perlu diingat, bukan mustahil.

Memang ada masa, mengalir juga air mata ini bila terkenangkan diri ditolak. Tetapi sebagai seorang lelaki yang berhajat ke syurga Allah SWT, yang memegang makna cinta yang luar biasa, saya perlu kuat untuk memecahkan paradigma cinta yang biasa dijaja.

Putus cinta kelar tangan. Putus cinta jadi orang jahat. Putus cinta terjun bangunan. Putus cinta pergi serang orang yang tolak. Putus cinta hidup jadi celaru. Dan sebagainya, yang dijaja oleh dunia hari ini, yang mewarnakan wajah cinta. Saya, perlu membuktikan bahawa cinta bukan sedemikian!

Jadi, ‘bersamanya ke syurga’ bukan bererti saya dan dia jadi suami isteri untuk ke syurga. Tidak semestinya. Asalkan dia dan saya berada di dalam syurga, itu maksudnya. Jadi, tugas saya yang sudah di’reject’, adalah meneruskan kehidupan dengan baik dan tidak pula menganggunya.

Maka saya teruskan kehidupan. Saya luaskan pandangan saya terhadap dunia.

Ya, saya kena reject. Tapi saya masih ada sahabat-sahabat serumah, rakan-rakan usrah, senior dan junior, Ummi Abah dan adik beradik, serta dunia penulisan saya. Bahkan, saya masih ada Allah SWT untuk saya abdikan diri, saya masih ada tanggungjawab dakwah untuk diteruskan lagi. Di situlah saya fokuskan kehidupan saya.

Meluaskan pandangan terhadap kehidupan. Satu perkara yang penting, crucial, apabila cinta ditolak atau putus cinta. Mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang bodoh, menghalang kita dari tidak bersemangat dan sebagainya.

Bukan tidak boleh bersedih, menangis, merasa hiba. Silakan. Saya juga demikian.

Tetapi jangan lupa, tujuan hidup kita di atas muka bumi ini bukan untuk ‘mendapatkan seorang lelaki/perempuan’. Tetapi adalah untuk mengabdikan diri di atas muka bumi ini.

Jadi, cinta yang sebenar, jika kita benar mencintai seseorang itu, maka bila dia reject kita, kita doakan kebahagiaan buatnya. Dan kita teruskan kehidupan kita, dengan tidak lagi menganggu kehidupannya.

Itu yang sepatutnya kita lakukan!

Maka, pandanglah peluang dan ruang yang masih ada dalam kehidupan.

Palingkanlah wajah kita kepada Allah. Mungkin putus cinta, cinta ditolak, adalah panggilanNya untuk kita lebih merapat kepadaNya, membersihkan diri dan menjadi hambaNya yang lebih baik lagi.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syu’ara ayat 30.

Mungkin kita kena reject kerana dosa kita. Kerana akhlak kita yang masih tidak baik di sisi Allah. Menyebabkan Allah tangguhkan dahulu kebaikan buat kita. Dia mahu mengampunkan dosa-dosa kita, dengan menguji kita, agar kita bergerak ke arah perubahan. Ya, siapa tahu?

Positif. Bersangka baik kepada Allah!

 

Penutup: Dan Tiga Bulan Berlalu.

Selepas itu, walaupun saya kadangkala teringat akan perempuan yang saya cinta, tetapi alhamdulillah, saya melalui kehidupan dengan baik. Tidak tension. Tidak lemah. Bahkan tahun itu adalah antara saat yang saya mendapat keputusan peperiksaan terbaik sepanjang saya berada di universiti. Saya sibukkan diri saya dengan menghasilkan karya demi karya, buku demi buku. Saya juga menyibukkan diri saya dengan merapati junior-junior yang baru datang ke Jordan ketika itu.

Dan alhamdulillah apabila direject, saya dapat menyelami perasaan orang lain yang direject, lantas dapat membantu mereka. Itu antara hikmah mengapa Allah beri saya rasa direject.

Tiga bulan berjalan selepas itu. Saya direject sekitar September 2009. Pada 16 Januari 2010, bertepatan dengan tarikh lahir saya yang ke-21, saya keluar dengan junior-junior untuk meraikan hari lahir saya. Saya rasa sangat bahagia, dan tenang. Saya tidak lagi memikul beban merasa ‘ditolak’, bahkan sampai satu tahap saya rasa bersyukur ‘ditolak’.

Malam itu, selepas makan-makan di luar, adik-adik semangat mahu menonton ‘Ketika Cinta Bertasbih 2’, dan kebetulan, ada di dalam komputer saya. Saya mengajak mereka bermalam di rumah saya ketika itu. Kami sama-sama menonton kisah itu. Sibuk adik-adik memuji kecantikan pelakon-pelakonnya, sambil saya asyik tergeletek dengan ulah mereka.

Tiba-tiba, telefon saya berbunyi. Ada panggilan dari Malaysia. Malaysia ketika itu sudah siang, berbeza dengan Jordan yang menjengah pagi buta.

Ibu perempuan yang saya cinta, membuat panggilan.

Saya masih baik dengannya. Masih bertukar khabar. Begitu juga dengan adik beradik perempuan yang saya cinta. Saya masih kekal bersahabat dengan mereka. Bukan berniat hendak mendapatkan semula perempuan yang saya cinta, tetapi itulah dia ‘code’ saya. Cinta kepada perempuan itu, satu hal. Manakala hubungan dengan keluarganya, satu hal lain. Saya tidak campurkannya. Bukannya saya membina hubungan baik dengan mereka untuk dapatkan perempuan itu. Hubungan yang baik adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Mengangkat panggilan itu, Si Ibu mengucapkan Selamat Hari Lahir. Saya jangka, itulah tujuan panggilannya. Kemudian, Si Ibu berkata:

“Hilal, makcik ada hadiah ni.”

“Iya? Hadiah apa makcik?”

“Anak makcik dah terima Hilal.”

“Ha? Yak ke ni Makcik?”

“Iya. Dia sendiri yang cakap.”

Dan selepas itu, saya terus sujud syukur, dan meluru ke bilik, berkongsi gembira dengan junior-junior.

“Ini berkat kami la ni Abang Hilal.” Salah seorang menyakat.

Tetapi saya sendiri tidak tahu, bahawa penerimaan itu, adalah pembuka kepada ujian-ujian yang baru. Kita akan sambung dalam lembaran-lembaran yang lain, berkenaan hal ini.

Apa yang penting, luaskan pandangan.

Putus cinta, ditolak, bukan pengakhir kepada kehidupan.

Lepaskan terus, bila telah putus dan ditolak. Usah difikir lagi. Teruskan kehidupan.

Kita akan nampak, luasnya rahmat Tuhan.

“Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya(rahmat itu) bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” Surah Al-A’raf ayat 156.

Maka apabila diuji, fokuskan untuk melakukan banyak kebaikan di dalam hidup, agar rahmat Allah yang luas itu, ‘menyentuh’ kita. Mungkin kita diterima semula, mungkin dapat yang lebih baik, mungkin jadi lebih bahagia, mungkin jadi lebih berjaya, dan sebagainya. Siapa tahu?

Yang penting, percaya kepadaNya, kembali kepadaNya.

Dia Maha Tahu, dan kita hanya berusaha!

 #perkongsianHilalAsyraf #TentangDiri


     ~mayra hayfa~

 Hidup atas nama Allah


Tuesday, 28 October 2014

Luaran cantik, pemikiran?

Tak tahu tajuk kena dengan entry ke tak haha.. Layankan aje.. Tak mengantok lagi, malam masih awal! Sambil melayan lagu you are the one# 
Memang tak relate pun tajuk entry dengan lagu tu haha >_<


Kebanyakan orang sekarang, fizikal nampak ok, cantik je..but! Mentality dia kita tak tahu. Apa yang dia tengah fikir memang kita tak boleh nak baca. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Nak percaya orang pun takut huhu 😰

Pengalaman yang tak dapat lupa..

Third day bertugas diwad psy( wad mental) .. Datang pagi-pagi macam biasa ambil vital sign patient (cek suhu, tekanan darah)..first bed ada patient baru tengah tidur,kejut untuk ambil vital sign. Patient buka mata dan senyum (respon ok). Masa ambil vital sign patient tu tanya mana barang kemas saya (subang, rantai) . Saya bagitau patient tu yang barang kemas dia staffnurse pegang.

Awak curi barang kemas saya kan. Ehh tak, saya tak ambik staffnurse yang tolong simpankan (muka dah takot)..
Ok! Lupa yang sekarang tengah bertugas di psikiatrik, wad mental! Biasa la kalau "dipersalahkan" macam tu Haha gelak*😝

Dah siap ambik vital sign, pergi kaunter baca BHT (fail, history) patient tadi. Dia masuk wad sebab buat bising dan buat kacau. Diagnos nye manic, dan yang paling ketara nampak patient tu "Grandios" ( rasa diri hebat). Bila monitor and related apa yang kita belajar memang sama simptom2 yang patient tu tunjukkan. 

Hari-hari diwad patient tadi akan cerita pasal diri dia yang pernah jadi menteri, dia ada kuasa, pernah belajar di mesir masa umur 5 tahun dan banyak lagi! Haha. Doc and staff kat situ dah pesan, setuju je dengan apa yang patient cerita, jangan bantah sebab mereka tak boleh nak terima. So dengar dan iyekan sahaja.. Sambil tu selitkan nasihat yang patient boleh terima. Jangan sesekali berbahas kata, boleh menyebabkan patient mengamuk tiba-tiba.. Haa sapa yang susah nanti. Patient psy mengamuk bukan main-main dah haha (nak nangis) 😂😂

# dont jugde a book by it cover..open it read, and understand! Haha 😝

Teringat posting.. Rindu patient yang pagi-pagi suka menyanyi sambil berjalan keliling katil..Semoga Allah sentiasa memelihara dan beri pelindungan kepada mereka..

Ok! Penat dah nak menaip haha layan lagu #mewangi *tetibe ^~^

 ~mayra hayfa~
       Allah, 
    Thanks for
     Give me
    Experience,
   Teach me to
   Stay stronge