Sunday, 23 February 2014

CreaTe AboUT >3 =)

Bismillahhirrahmanirrahim =)

Petang semalam pergi melawat adik di madrasah, rindu terubat =)
Dah lama tak jumpa, rindu nak ajak gaduh!
Rindu nak buli! haha :P

Semoga menjadi seorang  hafizah yang berjaya di Dunia dan akhirat..Doakan kakak kamu nie jadi wanita solehah dan jadi kakak yang baik! :D Semoga ikhlas dan utamakan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan..InsyaAllah redha Allah dan redha ibu bapa bersama kita.Semoga kita sekeluarga bertemu disyurga kelak..Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian,maka tolonglah bertanya kepada Allah tentangku =(


#love my Family until jannah

Untuk tatapan, khas nya buat keluarga..Jika diri ini  dijemput awal oleh pemilikNYA, jangan pernah lupa selitkan doa untukku supaya tenang disana.. =(
*Adik pesan jgn letak gambar dia dalam Fb..ok! tak letak pun dlm fb..Letak dalam instag dengan blog      je..hehe >_<

Sambil baca buku kebangkitan pencetus ummah 'Ahmad Ammar'..menjadi inspirasi buat diriku yang terlalu   lalai dengan dunia..bergerak sebagai da'ie untuk agama islam dan ummah..Semoga dalam setiap apa yang kita lakukan ikhlas dan niat kerana Allah dalam menegakkan islam..Syahid dijalan Allah itu menjadi impianku, memang nampak sukar,tapi tak mustahil bukan, Jangan cepat berputus asa sebelum pernah mencuba. Niat yang baik insyaAllah Allah permudahkan =)
Berdakwahlah! Lebih baik jika kita tidak dikenali ramai ketika didunia, Cukuplah Allah dan malaikat yang mengenali dan sentiasa mengiringi kita dalam setiap apa yang kita lakukan..=)
Sentiasa lafazkan dalam doa..Ya Allah, matikan aku dalam keadaan khusnulkhatimah dalam kesudahan yang baik, yang mati syahid dijalanMu.Makbulkan la permintaanku...
Permudahkan lah segala urusanku..
Amin..

   ~MaYrA HaYfA~
          misi, visi 
           dalam
  menegakkan Islam
       teruskan!!




Saturday, 22 February 2014

~SekaDaRnyA~



Sebenarnya, aku tidak  tahu apa yang bermain difikirannya,
Aku hanya mahu bersangka baik dengan semua orang,
Walaupun hatiku sakit, aku akan terus untuk bersangka baik,
Mungkin suatu hari kita dengan keputusan kita,
Allah itu Maha Kaya,

Janji-janji yang pernah diungkapkan, akan dimakan masa,
Hati kita akan berbolak-balik,
Pasti suatu hari janji bersama dahulu akan berguguran,
Diiringi titis-titis jernih dikelopakmu,
Berjanjilah setinggi gunung Everast,
Jika Allah tidak mengizinkan, pasti tidak akan terjadi..

Aku tidak minta harta beribu-ribu,
Aku tidak pandang kemewahan dunia yang kamu miliki,
Aku hanya mahu  elok Agamamu,
yang penuh iman didada, 
Agama yang ada padamu,
Bakal menjadi penolong jalanku untuk ke syurga,
Tidak akan kunilai pada rupamu,
Kerana aku tahu rupa itu tak akan pernah kekal.

Aku mahu seorang yang memahami,
Yang boleh menerima kekurangan diriku,
Kerana aku tidak akan pernah sempurna,
Allah telah mengatur sebaiknya,
Aku terima segala ujian yang diberikan,
Kerana Allah itu Maha Adil,
Dia tidak akan beri  ujian padaku,
Melebihi batasanku...
Ujian buatku tanda Allah menyanyangiku..

Aku pasrah...
Apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz,
Qada’ dan Qadar yang Allah telah Tetapkan,
Allah telah menyediakan yang terbaik buat aku,
Aku perlu bersabar kerana masanya pasti hadir.
Cinta kerana Allah akan kekal,
Cinta kerana nafsu dan manusia semata,
Hanyalah mainan dunia sementara.

Pilihlah yang kekal atau sementara,
Pasti dengan janji-janji Allah,
Doamu pasti akan diperkenankan,
InsyaAllah..

  ~MaYrA hAYfA~
  *my own writing*
    #deeply #heart

     Apa yang telah ditetapkan oleh Allah,
  Aku redha,terima setiap ketentuan dariNYA..
      Allah sebaik-baik penunjuk jalan =)

Saturday, 15 February 2014

Bersangka Baik dengan ALLAH =)

Assalamualaikum >_<

Take 5!


Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


 “Ingat tak peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama sahabatnya Abu Bakar dari Makkah ke Madinah. Ketika itu, mereka dikejar oleh kafir Makkah. Kemudian mereka berdua menyembunyikan diri ke dalam gua. Saat itu keadaan sangat menakutkan. Bila-bila masa saja mereka akan dijumpai. Abu bakar sangat bimbang masa itu. Namun Rasulullah SAW berjaya menenangkan hati sahabatnya. Beliau membacakan surah ke-9 ayat 40 yang bermaksud “Jangan bersedih, Allah bersama kita”. Ketika itu juga, Abu Bakar kembali tenang dan berfikiran positif dan bersangka baik dengan takdir Allah SWT.”

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

           “Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah سبحانه وتعالى selain doa.”
                   (Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3370, Ibnu Majah no.3829, dan Ahmad 2 : 362, hasan)
 
*Mengambil iktibar dari kisah-kisah dahulu...Sesungguhnya Nabi Muhammad itu sebaik-baik ikutan

InsyaAllah..akan sentiasa cuba untuk bersangka baik..Sayang kamu sahabat kerana Allah..Semoga perkenalan kita tidak sia-sia dan membawa kita terus menuju ke syurga kelak InsyaAllah =)

          ~MaYrA hAyFa~
       Sayang kerana Allah,

Allah akan menghantar kepada kita

      orang yang sayangnya

        lebih kepada Allah jua