JUMAAT
adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk
direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan
peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah :
1.
Pernikahan Nabi Adam a.s dan Hawa atas keduanya selawat dan salam
2.
Pernikahan Nabi Yusof a.s dan Zulaikha
3.
Pernikahan Nabi Musa dan Shafuro” atas keduanya salam.
4.
Pernikahan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis atas keduanya rahmat dan salam
5.
Pernikahan nabi Muhammad S.A.W. dan Khadijah r.a
6.
Pernikahan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Aishah r.a
7.
Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra r.a
Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang
terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari
itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
“Pada
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman
meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis
riwayat Muslim).
Dalam
hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah
hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan
ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari
yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada
hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta
(berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau
ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah
melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat
Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu
adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah
daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah
bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban
seekor unta
.
“Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang
siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban
seekor kibas.
“Sesiapa
hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu
ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah
sebiji telur.”
Umat Islam
juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat
fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri
solat Jumaat.
Imam
Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sesiapa
berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus
mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan
tiga hari lagi.
“Sesiapa
yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah,
sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di
atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum
menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu
diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan
hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada
Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi
solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada
Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk
pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi
mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan
yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis
Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:
“Jumaat
dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik
hari).”
Ada
banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan
menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam.
Antaranya:
- Orang yang meninggal dunia pada
hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
- Sesiapa yang membaca surah Ali
Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke
atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
- Sabda Rasulullah yang
diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada
malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian
menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang
diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi
pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
- Mereka yang mendirikan solat
Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah
mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
- Mereka yang berdoa dengan penuh
keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
#http://www.bloggermuslim.com/2011/11/fadilat-dan-kelebihan-hari-jumaat/#
Hari jumaat hari yang paling mulia. Manfaatkan sebaiknya, jangan terlalu lalai dengan dunia yang tak kekal, kerana kita pasti akan menyesal akhirnya. Muhasabah diri selalu.Tajdid niat supaya kita sentiasa dibawah rahmat dan keredhaaNYA..InsyaAllah semoga Allah redha =)
mohon maaf salah silap >)
~MaYrA hAyFa~
Allah menjadikan kita
sebagai hambaNYA,
untuk mengabdikan
diri kepadaNYA..
Amal makruf
nahi mungkar =)