Assalamualaikum =)
Listening IkimFM @JodohBerdua while writing a blog >_<
Dah kenapa tibe2 nak speaking haha >_<
ok!serius ...
Listening IkimFM @JodohBerdua while writing a blog >_<
Dah kenapa tibe2 nak speaking haha >_<
ok!serius ...
Allah..
Kalaulah bukan kerana Allah yang menutup AIB kita =(
Dapatkah kita berjalan keluar dari rumah...
Baiknya Allah..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita
melakukan dosa, malu yang teramat.. =(
Tapi dengan rahmatNya di
tutup aib. Sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 .Bila taubat di terima, akan padam segala keaiban tersebut.
Alhamdulillah, syukur padaMU YA ALLAH =)
*******************
Jom
kita ambil ikhtibar dari kisah dahulu..
Pada
zaman Nabi Musa AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka.
Mereka berkata, “Ya Kalimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan
hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang
pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah
mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.
Nabi
Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa
bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar
rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang
benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun
tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..
asqinaa”..
Allah
pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu
sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun
yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian
semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.
Maka
Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat
kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan
tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke
kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu
pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.
Ia
berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka
rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka
hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan
maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40
tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat
kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak
lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul,
semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun
kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak
seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan
hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah
bertaubat kepadaKu”.
Musa
berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya
Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah
Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”
********************
|
Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.InshaAllah =)
Allah tahu setiap apa yang
kita lakukan..#beware #behave your self =)
Sama2 kita doakan kebaikan
bersama..
kalau tidak mahu aib kita
dibuka, diam-diam jela jika "ternampak" keburukan orang lain..
Sebaiknya, kita pergi tegur
dia cara hikmah, supaya orang lain tak tahu..Jangan kita perkecil kan perbuatan orang lain depan khayalak ramai.
Maafkanlah mereka yang
telah buat kesalahan dan lupakanlah. Insya Allah, kita mendapat rahmatNya, dia
juga akan mendapat petunjuk daripadaNya.
"Ketahuilah
sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang
lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya
di sisi manusia." - (Imam Syafie)
~MaYrA HAyFa~
perkongsian bersama...
Ana asif =)