Janji Allah itu Pasti...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Assalamualaikum =)

Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu jadilah kalian karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.

“Perancangan Allah yang terbaik”
 Ayat  ini la yang sentiasa menjadi penguat diri, apabila apa yang kita inginkan sesuatu tapi tak dapat.
Percayalah, Allah itu Maha Mengetahui  apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.


Allah tidak akan membiarkan tangan yang menadah tangan untuk berdoa pulang dengan tangan yang kosong. Kita selalu terlepas pandang dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Kita manusia yang kadangkala bersifat  tamak ini terlalu sukar untuk mengucapkan syukur, terlalu dikaburi dengan keseronokan dunia.

Semua yang Allah bagi itu hanya pinjaman. Ingatlah, Allah boleh tarik bila-bila masa.
Pernah kita terfikir. Allah kurniakan kita nikmat kesihatan yang baik. Adakah kita manfaatkan sebaiknya? Dengan kesihatan tubuh badan yang sihat, ibadah dan kebaikan apa yang kita lakukan? dalam sehari tu ada kita mengucapkan syukur, walaupun sekali? Tanya diri!

Bila Allah datangkan ujian dengan memberi “sakit”, kita mengeluh! Sentiasa menuturkan kata
‘kenapa semua ini terjadi pada aku’.. ‘kenapa’ dan ‘kenapa’.
Muhasabahlah diri seketika!
Kenapa kita tidak jadikan sakit itu ‘ jalan pintas’ yang boleh kita gunakan untuk  mendekatkan diri kita kepada Allah. Haruskah ‘sakit’ menjadi asbab untuk kita lebih jauh dengan Allah.

*Pengalaman dihospital*
Sepanjang posting selama 3 tahun, banyak pengalaman, pengajaran dan iktibar yang dikutip.
Dalam proses berdepan dengan pelbagai ragam manusia, kesabaran diri sangat teruji!
Tapi, Alhamdulillah dengan meletakkan Allah,doa serta zikir dalam diri, saya belajar apa itu“Sabar” yang sebenar =)
Pernah bertanya kepada sahabat ‘ kenapa patient yang kita jaga nie tak solat ye’. Sedangkan patient tu masih boleh berborak, gelak, berjalan sana sini.
Allah! Rasa bersalah menyelubungi diri. Kenapa tak aku je yang ingatkan patient tu tentang solat =(
Untuk hari seterusnya, sebelum habis shif pukul 2, cuba beranikan diri “ P.cik dah azan ni,nak solat dulu? (dengan niat nak tolong ambilkan wudhuk untuknya)
“ p.cik tu tetap dengan alasanya “sakit misi,tak larat nak solat”  ok! First trying failed =(

 Maybe need another plan to receive positive feedback! Let’s Think ^_^
Muhasabah diri dengan ayat-ayat Allah. Kekalkan Allah sebagai keutamaan.InshaAllah Allah sentiasa bersama kita. Husnuzonlah dengan Allah =)


*Sakit itu peringatan daripada Allah,bukan alasan untuk menjauhi *

~MaYrA hAyFa~
   Allah always
Be my Reminder
   InshaAllah

0 comments