Lets joIn us =)

Wake up from dreaming 😉
#hilalAsyraf. Very love it! Jom muhasabah diri 👌

'Couple' Sama Dengan Bertunang?

Rakan-rakan pembaca yang saya muliakan. Ada yang bertanya kepada saya apakah bezanya bertunang dengan ber’couple’. Katanya tiada beza, kerana semasa bertunang, kita diberikan keringan untuk memperdalamkan perkenalan kita dengan bakal pasangan kita. Katanya couple juga tujuannya itu, untuk lebih kenal.

Ini sebenarnya fahaman yang sangat silap.

‘Couple’ sangatlah tidak sama dengan fasa pertunangan yang syar’ie. Kerana pertamanya, ‘couple’ tidak punya komitmen yang jelas untuk bernikah. Pertunangan pula adalah merupakan sebuah bukti bahawa kita memegang komitmen untuk menikahi tunang kita. Majlis pertunangan pula melibatkan keluarga, perbincangan dan perjanjian dimeterai bukan oleh kita dan si dia sahaja, tetapi juga oleh keluarga kita dan keluarga si dia. Ini tingkatan komitmen yang pasti jauh berbeza dengan ‘couple’. Di fasa pertunangan, jelas bahawa kita serius hendak menikahi tunang kita. Masa majlis pertunangan pun, sepatutnya sudah dinyatakan bila perkahwinan akan berlangsung. Apakah ‘couple’ punya keseriusan dan tingkatan komitmen yang sama?

Kemudian, memperdalamkan perkenalan dalam fasa pertunangan tidak sama gayanya dengan ber’couple’. Walaupun telah bertunang, tidak dibenarkan kita berdua-duaan dengan tunang kita. Mesej atau email pun sekadarnya sahaja. Bukan untuk ber’haha, hihi, huhu’. Bukan untuk melayangkan puisi-puisi asmara dan sebagainya. Fasa pertunangan masih dibatasi syariat, dengan kita tidak boleh pun bersentuhan dengan tunang kita.

Memperdalamkan perkenalan semasa fasa pertunangan ini ada kesantunannya. Bukan lelaki bertepuk tampar dengan perempuan sembang di kedai atau meronggeng motor atau duduk dalam kereta berdua-duaan atau duduk bersama di tepi pantai itu. 
Memperdalamkan perkenalan semasa fasa pertunangan yang syar’ie contohnya adalah seperti kita mengajak tunang kita dan keluarganya untuk makan bersama. Atau pun kita menziarahi rumahnya, untuk bertaaruf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarganya(bukan ziarah rumah masa dia ada seorang diri). Kita mesej dan ‘email’ pun perkara yang penting sahaja. Bukan nak tanya dah makan ke belum, cuaca di luar cerah ke gelap dan sebagainya.

Dan sebenarnya fasa pertunangan punya perkara yang lebih besar dari sibuk 'berasmara' antara kita dan tunang kita. Fasa pertunangan bermakna kita sudah semakin hampir ke gerbang perkahwinan, maka ianya diibaratkan seperti persediaan terakhir kita sebelum mengetuk gerbang tersebut.

Kita akan ada banyak urusan lain yang perlu diusahakan, berbanding sibuk nak lemas dalam keghairahan berhubung dengan tunang kita.


Apakah 'couple' juga punya komitmen yang sedemikian rupa. Maka bagaimana kita boleh katakan fasa pertunangan itu sama dengan couple?

Ianya bagai langit dan bumi bezanya.

#isi penulisan yang sangat kena dengan diri sendiri..menulis pengalaman dan kongsikan dengan yang lain, semoga dapat manfaat bersama 😉

   ~mayra hayfa~
      Semangat!
 Menuju matlamat 
          Hidup

0 comments