Sunday, 4 October 2015

Syukur =)

Semalam ada satu kes yang agak menyentuh hati 😥

Patient datang ke emergency, c/o bleeding in pregnancy (7 weeks). Dizziness (Pening) dan vimitting (muntah2)

Start patient tu datang, dia menangis je. Ok, aku expect dia menangis sebab sakit la. Biarkan dulu, sebab suami dia pun ada sekali. Lepas doc datang, tanya itu ini, patient tu makin teresak-esak menangis. Dia cakap dia tak sakit pun. Lastly!, dia cakap sedih sebab gugur . =(

Ke klinik doc pakar, aku jugak yang hantar patient tu. doc scan dari bawah (vagina) dan scan perut. Untuk tengok  ada lagi tak janin yang tertinggal dalam rahim. 

Time doc scan, kosong! Doc tak nampak apa2 pun dalam rahim tu. doc still nampak tak puas hati. Agak lama aku assist doc time scan.lastly! Doc cakap 'ectopic pregnancy' ( kandungan luar rahim ). Aku pulak terkejut! sebab ni kali ke 4 patient tu ke hospital and klinik lain. And hari ni dia datang baru dapat detect. 

Emergency operation kena buat hari yang sama tu jugak. Kena buang satu tiub fallop. Agak kesian bila patient tu kena bayar cash! And doc cakap cost nye dalam rm 8000-11000. Suami pt tu cakap, tak apa la kena bayar berapa pun. Tak sanggup dah tengok isteri dia sakit. =(

Dalam perjalanan nak hantar ke wad, pt tu tiba2 tanya. "Akak boleh mengandung lagi tak lepas ni?" Tak sempat aku nak jawab suami pt ni menyelah sambil tersenyum' nak mengandung lagi ke lepas ni?' Isteri masih tersenyum sambil menganggukkn kepala. Tak payah la dah ramai kan anak 3 orang. =( blaa.blaa,,blaa *sambil suami dia bg kata-kata semangat.
Okay, aku pulak yang nak menangis time tu! =_=

                                                               ~Notakakibuatakudankamu~
Bukan semua orang yang memahami kita. Bersyukur Allah salurkan kepada kamu suami dan orang sekeliling yang baik. Bersyukur sangat, kerana tidak semua orang juga yang dapat perhatian sebegitu. Allah tarik sekejap nikmat bahagia itu untuk beri nikmat yang lebih  membahagiakan kamu. Bersangka baik, Allah sentiasa berada dekat dengan kita 😊

~mayrahayfa~
   04102015

2 comments: