> Perbaiki <

 Adakah kamu akan lepaskan dia setelah dia melayan kamu bagai tak wujud dan tak seperti disayang " 

Ramai yang beri maklumbalas, tapi ada satu jawapan yang membuka fikiran aku

   " Kalau saya jadi dia, saya tidak  
   akan hancurkan hubungan saya. 
Tidak semudah itu saya lepaskan dia.     
  Saya akan cuba perbaiki dan minta 
      Allah ubah dia untuk menjadi 
              versi yang lebih baik. 
                Saya akan tunggu. 
                Saya akan sabar. 

Agak terkesan dengan kata-kata dia. Betul juga kata dia. Kerana aku dan kebanyakan manusia lain, jenis orang kaya. Jika nampak sesuatu itu rosak, kita buang. Padahal kita jenis manusia miskin, tapi suka berlagak kaya. Suka berlagak kita boleh buang apa-apa yang kita tak suka.

Bukan kerana dah nampak kekurangan dan keburukannya mudah untuk kamu jadikan alasan untuk tinggalkan dia. 

Kadang-kadang semuanya bergantung pada kita. Kuatnya hati kita, kerana apa kita mahu bersama. Jika kerana Allah, kita sabar dan ikhlas bantu ubah dia. Jika kerana nafsu, esok juga kita pergi pejabat agama. 

Kahwin itu bukan sekadar duduk serumah, ambil gambar instagram dan hashtag " relationshipgoal " .

Percaya, yakin dan usaha =) 

🙃 #REHABILITASI 🙃

_ PelangiCantik_
    02022016
     Cerita kita
            =)

0 comments